Monday, June 23, 2014

Bilik darjah masa depan

Mengajar di bilik darjah abad ke 21 bermakna satu transisi daripada mengajar berpusatkan guru dan kaedah hafalan kepada pembelajaran berpusatkan murid, berasaskan pengalaman dan pengetahuan serta pembelajaran kaedah pelbagai melalui media global dan keperluan teknologi terkini. Dengan menggunakan bilik darjah abab ke 21, anda akan dapat mengendalikan satu persekitaran pembelajaran dimana murid mejalankan tugasan projek secara kolaborasi melibatkan masyarakat dunia dan tidak melakukan syarahan sebagaimana biasa kepada murid-murid yang berada di bangku yang berbeza.

Bilik darjah abad ke 21 juga adalah anjakan ke lokasi bukan tradisi seperti pembelajaran di luar bilik darjah.

Ciri-ciri persekitaran pembelajaran
•       Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (MP) untuk MP teras atau MP kritikal (Subject based Classroom –SBC)

•       Makmal dan bengkel adalah/sepatutnya  SBC
•       ABM, BBM, BBM dan bahan pembelajaran lain di dalam bilik darjah
•       Dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) – Instant Access/ Interactive
•       Dilengkapi LCD dan/atau direct projector
•       Papan putih/soft board
•       Murid duduk dalam kumpulan (4 – 5 orang)
•       Hasil kerja murid dipamer
•       Rekod kerja murid / perkembangan murid
•       Bilik guru mata pelajaran
•       Peralatan ICT lain yang bersesuaian
•       Sudut kopi
•       Ruang boleh duduk di lantai

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment