Tuesday, June 24, 2014

Siti Fatimah dan Siti Muthi’ah

Diriwayatkan pada suatu hari rasulullah saw memanggil Siti Fatimah memaklumkan dan memintanya menemui Siti Muthi’ah untuk meneladani budi pekertinya. Namun gagal ditemui kerana Siti Fatimah datang bersama anaknya, Hasan yang masih kecil. Perempuan itu tidak berani melangar wasiat suaminya, walaupun Hasan masih kecil tetapi ia lelaki.

Siti Fatimah mengunjungi semula secara sendirian. Ternampak olehnya sebuah rotan, sebuah kipas dan sehelai tuala dalam ruangan rumah. Menurut Siti Muthi’ah, sebaik sahaja suaminya pulang berkerja ia akan disambut dengan mesra, dibukakan baju, disapu keringat dengan tuala sehingga ia berbaring melepasi lelahnya. Dikipasi suaminya hingga hilang lelah atau ia tertidur. Ia berpakaian indah dan apabila suaminya bangun dan mandi dia telah menyediakan makanan serta minuman.

Lalu dia pun berkata, oh abang, bilamana pelayananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan pada hatimu, aku bersedia menerima hukuman darimu dengan ikhlas. Silalah pukul badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku itu agar tidak kuperbuat lagi pada masa yang akan datang. Kubuka bajuku dan rotan itu kuserahkan kepadanya.

Namun bukan rotan yang diambil si suami tetapi tubuh isterinya yang ditarik penuh mesra. Itulah bahagian dari kebahagiannya sehari-hari.

Ya Allah, rezekilah kami dengan sifat-sifat kemuliaan dari sisiMu. Kau pengenggam kesejahteraan.

Wallahu’alam

Hasan Muhd Hj Al-Khair
Teknik menjadi orang bahagia & berjaya
2005

No comments:

Post a Comment