Tuesday, June 3, 2014

Pernahkah kita


Pernahkah kita terfikir
bahawa hidup ini bagai bayang-bayang
menyusup rona-rona waktu
mengecut di lubuk zaman.

Pernahkah kita menyusun
sungai usia
mentaksir nilai diri
dalam rimba ghairah
diheret nafsu-nafsi duniawi.

Pernahkah kita terpegun
pada makna kejadian
telah jauh kita melangkah
dan mencakar-cakar
kedamaian ini
entah bila kerakusan itu
akan berhenti.

Ismail Mohamad
Kuala Kurau, Perak
Berita Harian
1 Jun 2014

No comments:

Post a Comment