Cemerlang 6
Bekerja sebagai satu pasukan bermakna berganding bahu secara positif supaya
dapat membantu antara satu sama lain dan tidak menghalang sesama sendiri. Ia
bermakna anda bukan bersendirian. Bekerja sebagai satu pasukan bermakna
kejayaan akan lebih mudah dicapai. Sehubungan dengan itu, sesuatu kerja atau
tugasan dapat diselesaikan dengan cepat. Pelbagai idea dapat disuarakan dan
hasil terbaik dapat diberikan.
Contohilah sikap semut yang sentiasa bekerja sebagai satu pasukan. Semut
berkomunikasi sesama mereka menggunakan sepasang sesungut. Apabila seekor semut
menemui sumber makanan, semut tersebut memanggil semut-semut yang lain. Mereka
saling bantu membantu sama lain dengan memikul makanan tersebut dan membawanya
ke tempat mereka. Kemudian mereka berkongsi menikmati makanan tersebut.
Kamu dapat mengenal lebih
banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari
jawapan-jawapannya.
Voltaire
Wallahu ’alam
Kakitangan Cemerlang Satu
Renungan
Shaharudin Mahammad
No comments:
Post a Comment