Cemerlang 2 :
Membina dengan bijaksana
Membina dengan bijaksana
Memiliki idealism adalah sesuatu yang amat dituntut. Idealisme dalam maksud
yang luas tidak sekadar lahir daripada idea-idea manusia tetapi pedoman
daripada Allah. Membina idealisme mengarah kepada suatu faham yang serba
sempurna terhadap sesuatu dan ia menjadi idaman setiap manusia.
Idealisme perlu berjejak di bumi nyata. Pemahaman terhadap reality atau waqi’ adalah amat penting supaya sesuatu
yang murni dihajatkan berlaku dapat dapat diimbangi dengan pemahaman terhadap
realiti itu sendiri. Ia bakal melahirkan strategi bijaksana supaya antara
matlamat dan usaha ke arah sesuatu mampu menemui titik keseimbangannya.
Seseorang yang sifatnya idealis perlu menjadi realis. Gandingan keduanya
menghasilkan kebijaksanaan. Bersifat idealis tanpa memahami reality boleh
menyebabkan seseorang kehilangan tempat berpijak, arah dan sasaran.
Berfikir Reaktif
Reaktif bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang
berlaku menyebabkan manusia terusik dan melakukan tindak balas. Tindak balas
yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang
mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.
Sekiranya emosi seseorang tidak stabil, tindak balas akan menjadikan
keadaan atau sesuatu itu tidak stabil. Kalau emosinya resah dan kacau jalan
berfikirnya penuh dengan kekacauan. Faktanya mungkin tidak lengkap. Analisisnya
tidak tepat. Kesimpulan yang diambil juga tidak membayangkan adanya pemikiran
yang mendalam terhadap sesuatu isu atau perkara.
Berfikir reaktif boleh membawa kepada kegopohan. Berfikir dalam suasana
gopoh boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Orang yang berfikir reaktif cepat
membuat kesimpulan. Kadang-kadang mengambil pendekatan menghukum lebih daripada
pendekatan memahami mengapa ia berlaku, bagaimana mengatasinya dan
faktor-faktor apa yang boleh memberikan alternatif terhadap isu atau masalah
yang berbangkit.
Wallahu ’alam
Kakitangan Cemerlang Satu
Renungan
Shaharudin Mahammad
No comments:
Post a Comment