Thursday, June 12, 2014

Dr Muhaya dan guru

Hidup tidak berhaluan jika tidak berwawasan

Soalan : Bagaimanakah caranya untuk bakal-bakal guru yang akan berpindah pada minggu hadapan, untuk mengekalkan motivasi bagi menghadapi pelajar yang lebih mencabar hari ini Prof? Bagaimana caranya Prof, untuk melangkah ke sekolah dengan semangat yang sangat tinggi dan bagaimanakah caranya untuk mengekalkan semangat itu?

Jawapan : Pertama, jangan percaya sangat dengan apa-apa yang orang kata, contohnya kenyataan bahawa, pelajar-pelajar yang lebih mencabar. Pelajar itu semua, manusia macam kita, ada fikiran dan perasaan. Kita sebagai orang dewasa sangat terpengaruh oleh media massa. Fikirkan macam ini, kita hendak ke sekolah kerana sekolah itu, ladang pahala. Pelajar akan bertindak, macam mana kita bertindak. Sebab ingat apa yang saya selalu kata, kita mempengaruhi suasana kita dan jangan membiarkan suasana yang mempengaruhi kita. Itulah fikiran orang yang berwawasan. Orang yang hidup dalam situasi, dan dia bukan mangsa kehidupan tetapi dia menjalani kehidupan, sebab dia ada wawasan.

Jadi, kalau sebagai guru yang baharu, yang dihantar bertugas di tempat yang baharu, cuba sebagai guru muda, anda berkata, wawasan saya ke sekolah ini adalah untuk menjadikan sekolah ini ladang pahala saya yang menjadi penyebab saya masuk syurga. Saya akan berjumpa bakal-bakal insan yang semua hendak masuk syurga, semua hendak bahagia membahagiakan. Semua hendak seronok dan hendak bahagia. Saya datang ke sekolah itu untuk memberikan kebahagiaan kepada pelajar di sana.

Jika kita berniat datang ke tempat orang dan hendak melayan orang macam kita hendak dilayan oleh orang apabila kita mengunjungi sesuatu tempat, kita pasti akan disenangi orang, dan kita akan mudah diterima orang, biarpun kita orang baharu dan mereka belum mesra dan kenal dengan kita. Apatah lagi jika kita mampu melayani orang, lebih daripada apa yang orang lain buat untuk diri kita. Sebab tidak sempurna iman seseorang, selagi dia tidak menyayangi saudara seislamnya, seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Terima sesuatu perkara yang asing dan baharu dalam hidup kita, sebagai satu cabaran yang positif, bukan sebagai satu cabaran dalam konotasi yang negatif.

Ubah cara kita melihat anak murid kita, daripada satu tanggapan mereka sebagai beban kepada memandang mereka sebagai harapan. Harapan untuk memberikan peluang lebih besar untuk mendapatkan pahala. Cuba bayangkan, seorang guru yang mengajar kanak-kanak berumur tujuh tahun dan jika Allah takdirkan kanak-kanak itu boleh hidup hingga 60 tahun, berapa banyak pahala yang guru itu peroleh jika dia ikhlas mengajar. Benih semaian yang disemai di ladang pahala yang guru itu perolehi jika dia ikhlas mengajar. Benih semaian yang disemai di ladang pahala oleh seorang guru akan berbuah hasilnya musim demi musim dan dapat dikecapi selagi ada hayat pokok itu.

Bayangkan pula seorang guru, yang berpeluang meletakkan benih-benih kehebatan kepada 40 orang murid. 40 orang murid didarabkan dengan 60 tahun (anggaran hidup setiap orang pelajar), bayangkan kelebihan dan kehebatan menjadi seorang guru. Fikirkan dan bayangkan yang positif, barulah kita akan terus bersemangat dan wawaan kita tidak akan luntur. Macam pengalaman saya baru-baru iidak dipulangkan kepadani, saya membuat pembedahan guru saya, yang mengajar saya di tingkatan lima (selepas 37 tahun saya jumpa dia sebagai pesakit saya). Subhanallah, pembedahan yang saya lakukan ke atasnya sangat mudah walaupun matanya kecil. Saya ingat lagi, dia memang seorang guru yang sangat berdedikasi dan sangat rajin bekerja, kerana itulah auranya positif dan segala urusannya dipermudahkan Allah.
 
Para guru sekalian, bayangkan pada satu hari kelak, anak murid yang anda ajarkan itu, menjadi orang yang menolong anda pada suatu hari. Oleh itu, tidak rugi apa-apa pun, kalau kita berbuat baik, apatah lagi kalau kita seorang guru, dan kita berbuat baik dengan murid-murid kita. Orang yang paling tidak bijak ialah orang buat jahat, sebab tidak ada kejahatan yang kita buat itu, tidak dipulangkan kepada kita, sama ada ketika berada di dunia atau ketika kita berada di akhirat. Guru merupakan satu kerja yang hebat, maka itu jangan sia-siakan peluang yang berada dalam tangan anda atau di hadapan mata anda.

Wallahu ’alam

Kanta Kesedaran
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
2013

No comments:

Post a Comment