Thursday, June 12, 2014

Mengenal diri sendiri

Cemerlang 8

Mengenali diri sendiri bermaksud sentiasa menyedari apa yang kita lakukan dan juga apa kesan tindak-tanduk kita atas diri kita sendiri dan orang lain. Ia bermaksud kita sentiasa jujur kepada diri sendiri dan menerima kenyataan bahawa kita bukanlah yang paling sempurna di dunia yang serba sempurna. Ia bermakna kita mengenali segala kelemahan kita dan sedar bahawa kita mampu memilih untuk berubah untuk menjadi yang lebih baik.

Ibarat kita melihat diri melalui cermin muka, kita dapat melihat di setiap sudut kecacatan pada wajah kita, sebab itulah kita perlu cermin diri, sebelum kita mencari kesilapan orang lain.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Hamka
Wallahu ’alam

Kakitangan Cemerlang Satu Renungan
Shaharudin Mahammad

No comments:

Post a Comment