11. Petua khusus ketika membaca
a) Membaca bukan sekadar melihat susunan tulisan
dan perkataan. Tetapi membaca perlu giat dilakukan.
b) Membaca bukan kegiatan santai tetapi membaca
memerlukan kemahiran khusus untuk memanfaatkan bahan dan sumber yang
diperolehi
c) Membaca perlu dilakukan dengan pantas kerana
kini sudah terlalu banyak maklumat yang semakin melimpah dalam kehidupan kita.
Kita sudah tiada pilihan selain daripada menggiatkan kegiatan membaca
d) Membaca memerlukan pergerakan mata yang pantas
dan bersistem. Ini memerlukan penumpuan.
e) Membaca melibatkan usaha memilih kandungan
utama yang ada dalam bahan bacaan. Anda perlu menjadi pemilih yang baik.
f) Membaca melibatkan perasaan dan fikiran. Proses
pembacaan yang berkesan memerlukan penyatuan perasaan dan fikiran dengan bahan
yang dibaca.
Wallahu alam.
Edisi Khas
Fokus
PISA 2015
No comments:
Post a Comment