Jika
kau tidak mampu menjadi orang
tapi
berusahalah sekurang-kurangnya
menjadi
seperti lebah
yang
boleh mengeluarkan madu
atau
seperti lembu
yang
boleh mengeluarkan susu
kerana
binatang biarpun dipandang hina
lebih
baik dari manusia
jika
hidup tidak berguna.
tapi
berusahalah sekurang-kurang
untuk
menjadi seperti kayu beluti
yang
boleh dijadikan titi
kerana
bukankah lebih baik
menjadi
titi sebatang
yang
jasanya membantu orang menyeberang.
Jika
kau tidak mampu menjadi orang
tapi
berusahalah sekurang-kurangnya
menjadi
seperti rumput di padang
yang
luas terbentang
kerana
sehina-hina rumput
biarpun
dipijak orang
kehijauannya
menyegarkan mata memandang
menjadi
hamparan gelanggang
tempat
bersukan di waktu petang.
Demikianlah
jika
sekalipun kau tidak mampu
tetaplah
berusaha sedaya upayamu
untuk
menjadi orang
yang
akhlaknya cemerlang
yang
budinya terbilang
yang
namanya dikenang.
Ehsan Jamily
Taman Desa Baru, Melaka
Mingguan Malaysia
19 April 2015
No comments:
Post a Comment