bahang
matahari yang keras
menikam
keeping belulang jasad
saat
meniti di atas ubun-ubun
dengan
pijarnya picing mata
lalu
mengintai daerah bayang
untuk
perlindungan
yang
bernama diri
mari
kita basuh dengan air iman
berbekalkan
tawakal
pasrah
kepadaNya
agar
cengkaman panas ini
dapat
menyejuk seketika
sang
matahari
kerana
ini baru cuaca dunia
dan
akan lebih hebat di sana
takah
suhu kepanasan
yang
tiada tolok bandingan
hanya
putih doa kudus
dapat
menyejuk matahari
yang
membahang di dalam diri
melantun
di muka bumi ini.
Ria Asmira
Johor Bahru
Berita Harian
12 April 2015
No comments:
Post a Comment