Iktibar dari 2 pucuk surat
Surat
1
Surat
meminta bantuan telah aku terima. Sekarang aku tunjukkan siapakah yang paling
berkuasa mendatangkan junud (tentera) iaitu Allah swt. Oleh itu mohonlah
pertolongan daripadaNya, yang Muhammad saw juga pernah ditolong dalam perang
Badar, padahal tentera rasulullah saw jauh lebih sedikit jumlahnya berbanding
dengan jumlah tentera engkau.
Surat
2
Amma ba’du,
aku hairan tentang kelewatan menakluki Mesir. Hal ini tidak terjadi kecuali
perbuatan engkau sendiri dan kecintaan engkau kepada dunia, sebagaimana
kecintaan musuhmu kepada dunia. Sesungguhnya Allah swt tidak akan menganugerahkan kemenangan kepada suatu kaum
kecuali kerana kebersihan niat-niat mereka.
Bangkitkan
semangat mereka untuk berperang melawan musuh dan serulah mereka agar mampu
bersabar dan menjaga kebersihan niat. Anjurkan pula agar mereka mengangkat
suara mengagungkan Allah, kemudian mohonlah pertolongan Allah untuk dapat
mengalahkan musuh. Tampilkan empat orang yang aku utus untuk bertempur bersama
seperti satu badan (bersatu / berpadu tenaga)
-
Saidina Umar Al-Khattab ra
Wallahu a’lam.
Shuib
Sulaiman
Prestasi
umat cemerlang, 2012
No comments:
Post a Comment