Idah
Hadis 21
[2:236] Dari Ibnu Umar ra bahawa dia menceraikan
isterinya dalam keadaan haid pada masa rasulullah saw. Lalu Umar bin Khathab
menanyakan kejadian tersebut kepada rasulullah saw, beliau menjawab kepada
Umar: Perintahkanlah dia untuk merujuknya kembali kemudian biarkanlah sampai ia
suci, lalu haid lagi, lalu suci lagi. Kemudian setelah itu, kalau ingin dia
dapat menahannya dan kalau ingin dia juga dapat menceraikannya sebelum
menyentuhnya. Itulah masa idah yang diperintahkan oleh Allah swt bagi wanita
yang diceraikan. (HR. Muslim)
Jihad
Hadis 22
[2:246] Dalam Shahihnya AlBukhari dan Muslim
meriwayatkan dari Abu Dzar dia berkata; Aku berkata : Wahai rasulullah!
Perbuatan apakah yang paling utama? Rasulullah saw menjawab: Iman kepada Allah
dan berjihad di jalanNya. Mereka berdua juga meriwayatkan dari sahabat Anas ra,
bahawa rasulullah saw bersabda: Berangkat pagi atau petang untuk berjihad di
jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya. (Riyadhus Shalihin,471)
[2:246] Dari Sha’ab bin Jatsamah ra dia berkata,
rasulullah saw ditanya tentang kaum wanita dan anak-anak kecil musyrikin yang
diserang pada malam hari ketika sebahagian kaum serta anak-anak keturunan
mereka terbunuh. Beliau menjawab: Kaum wanita dan anak-anak itu adalah termasuk
bahagian dari mereka. (HR. Muslim)
Hindari
musuh
[2:249] Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari
Abdullah bin Abi Aufa bahawa di tengah-tengah waktu bertemu dengan musuhnya
rasulullah saw menunggu hingga matahari bergerak ke barat mendekati terbenam.
Lalu beliau saw berdiri di hadapan manusia dan berkata: Wahai sekalian manusia! Janganlah engkau berangan-angan untuk bertemu
dengan musuh. Dan mintalah keselamatan kepada Allah. Jika kalian bertemu dengan
musuh kalian, maka bersabarlah! Dan ketahuilah! Sesungguhnya, surga itu
terletak di bawah kilatan pedang.
Kemudian beliau saw bersabda: Ya Allah, Dzat yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran), yang menjalan
awan, yang menghancurkan pasukan musuh, kalahkanlah mereka dan tolonglah kami
atas mereka. (Riyadhus Shalihin,483)
Induk
Al-Quran
Hadis 24
[2:255] Rasulullah saw bersabda: Segala sesuatu
mempunyai punuk. Dan sesungguhnya, bongkol (punuk) Al-Quran adalah surah
Al-Baqarah. Di dalamnya ada sebuah ayat yang merupakan induknya Al-Quran, iaitu
Ayat Kursi
Zalim
Hadis 25
[2:257] Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra, dia
berkata: Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya kezaliman itu akan mendatangkan
kegelapan-kegelapan pada hari kiamat kelak. (HR. Muslim)
Wallahu a’lam.
Al-Quran
Tajwid Warna & Terjemahan
Humaira
Bookstore Enterprise
No comments:
Post a Comment