Suatu ketika nabi Musa as mengalami sakit gigi.
Nabi Musa as mengadu kepada Allah swt. Allah swt turunkan wahyu agar baginda
mengunyah sejenis daun. Sakit gigi nabi Musa as pun sembuh. Beberapa ketika
kemudian sakit gigi baginda berulang lagi. Kali ini nabi Musa as terus pergi
mengambil daun yang sama lalu mengunyahnya. Tetapi kali ini sakit giginya tidak
sembuh. Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt mengapa tidak sembuh setelah
mengunyah daun yang sama.
Allah swt mewahyukan kepada nabi Musa as iaitu
ketika kali pertama mengalami sakit gigi nabi Musa as telah mengadu kepada
Allah swt. Tetapi sakit gigi kali kedua itu nabi Musa as teeus mengunyah daun
tersebut tanpa mengadu lagi kepada Allah swt.
Wallahu a’lam.
Shuib Sulaiman
Prestasi
umat cemerlang, 2012
No comments:
Post a Comment