Esei 60

Pada suatu hari buat
pertama kalinya, dia memerhatikan dengan penuh hairan sebuah kenderaan yang
tidak menggunakan kuasa tarikan kuda. Dia melompat turun daripada gerabak
kudanya untuk bercakap dengan jurutera enjim stim berkenaan. Dia mengakui
bahawa pertemuan itu adalah permulaan dia melangkah ke alaf baru. Cintanya
terhadap alatan mekanikal telah membawa kepada peluang pekerjaan di bengkel
mesin, limbungan kapal dan operasi jentera perladangan. Lelaki ini telah
mempelopori perusahaan pembikinan automobil terbesar di dunia. Budak lelaki
kecil inilah yang terdapat dalam buku Robert Lacey iaitu Ford: Manusia dan
Mesin.
John Rockefeller pula
ada menyebutkan: Jika anda mahu berjaya,
anda harus meneroka lorong-lorong baru dan mengelak daripada meminjam laluan
sedia ada yang menjanjikan kejayaan. Sesungguhnya banyak lagi
insiden-insiden realiti kehidupan boleh dijadikan pembimbing sinar yang
menghala ke arah penemuan dan perusahaan besar yang akhirnya bisa melimpah
untuk memanfaatkan kepada orang lain pula.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment