Tuesday, June 2, 2015

Bersusah-susah sekarang, bersenang-senang kemudian

Esei 58

Kemakmuran merupakan hasil usaha merealisasikan keinginan kita denganh cara berusaha dan mengunakan keupayaan kita mengorbankan masa sekarang ini untuk apa yang dihasratkan pada masa depan.Satu pepatah Cina menyatakan: Bekerja keraslah sekarang, kemewahan akan datang buat selama-lamanya.

Bekerja itu adalah mulia. Tuhan mengkehendaki manusia hidup selesa dan berkasih sayang. Malangnya rama yang berfikir mereka boleh hidup tanpa berbuat kedua-duanya. Seorang itu dikatakan benar-benar miskin, bukan apabila dia tidak mempunyai apa-apa tetapi apabila dia tidak berbuat apa-apa.

Rahsia kejayaan yang manis adalah peluh.Orang yang berjaya mengambil berat tentang melakukan sesuatu.Kekuatan keinginan dan tujuan mereka dengan mudah mengatasi perasaan kebencian dan ketidakselesaan.Jalan menuju kejayaa adalah pendakian, tidak semua tiba dalam tempoh yang sama. Bukankah ianya baik untuk diberi peluang dan pilihan? Hanya dalam kamus Inggeris di mana perkataan kejayaan itu mendahui pekerjaan. Hukum sebab dan kesan memberi amaran bahawa di mana tiada sakit maka tiadalah keuntungan.. Ganjaran mungkin datang dalam pelbagai bentuk, tetapi sentiasa seimbang dengan usaha-usaha.

Kerja keras menghasilkan daya kekuatan untuk hidup, pencapaian dan kemakmuran. Mereka yang berkerja kuat denga rela hati tidak mengalami tekanan dan kerisauan.Bekerjalah sebab cintakan kerja, bukan kerana cintakan duit. Letakkan kerja dalam hati, dan hati dalam kerja. Seronok bekerja, duit menyusul kemudian. Gunakan akal, disamping hati dan jiwa. Jangan nafikan keseronokan dan menahan perasaan dan impian. Pekerjaan bukan sahaja untuk mendapat sesuap nasi, juga ungkapan rasa keunikan, kemahiran bakat, keghairahan!

Dalam masa yang saama, kualiti sama pentingnya dengan kuantiti. Bijak bekerja selalunya lebih baik daripada hanya berkerja keras;  mengisi masa bukan bermakna menggunakan masa,  menjadi sibuk bukan bermakna menjadi produktif. Jangan lupa menggunakan detik-detik ketenangan untuk menajamkan fikiran, melontar keluar inspirasi, kuasa dan kreativiti daripada minda. Setiap kehidupan adalah hasil kerja yang dilaksanakan untuknya, seperti setiap rumah itu adalah bayangan penghuni yang mendiaminya. Tuhan menolong mereka yang menolong diri mereka sendiri. Justeru itu bekerjalah supaya dapat melabur sekarang untuk masa depan yang lebih cerah. Tuaian apa yang disemai nanti.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

No comments:

Post a Comment