Monday, June 1, 2015

Kelebihan doa


Bab 19

Kata Syeikh Abdul Qadir: Tiada sayugianya bagi imam dan makmun bahawa keluar keduanya daripada masjid, yakni tempat sembahyang dengan tiada meminta doa.

Dan daripada Abi Umamah Al-Bahili ra berkata: Sabda nabi saw bahawasanya Allah Taala itu satu malaikat yang diwakilkan dia dengan orang yang berkata: Ya Arhamarrahimin. Maka barangsiapa berkata akan dia tiga kali, berkata malaikat itu baginya: bahawasanya Tuhan yang Amat Kasih Sayang daripada segala yang kasih sayang, sungguhnya terhadap ia atas engkau maka minta olehmu akan Dia.

Wallahu a’lam

Asy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati Yang Lalai
2013


No comments:

Post a Comment