Jika ada yang beritahu nak
datang jumpa, saya terus menadah tangan minta bantuan Allah SWT. Itu paling
mudah kerana saya tidak tahu apa masalah mereka. Apabila dia pilih kita,
maknanya Allah pilih kita, kata pakar motivasi dan kauseling berasaskan tuntutan agama, Dr Robiah K
Hamzah.

Jika yang tiada duit tidak
dibantu, bagaimana pula dia hendak mencari duit apabila masalahnya tidak
selesai, katanya.
Merendah diri
Ternyata ciri-ciri seorang kaunselor dan pakar motivasi terserlah
daripada sikapnya yang mudah mesra
melayan setiap soalan diajukan. Malah, wajah yang sering menghiasi skrin
televisyen dan dijemput sebagai ahli panel pada majlis forum atau seminar itu,
sentiasa merendah diri.
Ditanya apakah faktor yang mendorong beliau untuk mengamalkan sikap tangan
terbuka kepada mereka yang mengharapkan nasihat serta tunjuk ajar, Robiah
berkata, sebagai anak orang susah, beliau tidak menunggu menjadi kaya untuk
memberi kepada orang lain. Kesusahan lalu menjadi pendorong kepadanya untuk
melihat perubahan dan menampal apa yang kurang walaupun hanya dengan satu ayat.
Justeru, hingga kini beliau mengekalkan klinik kaunseling, menulis di majalah,
menjadi penceramah dan jurulatih.
Pejabat di rumah
Walaupun menguruskan syarikat kecil yang beroperasi di rumah, beliau tetap
bahagia. Malah, keadaan itu membolehkan beliau bertemu dengan mereka yang
mempunyai kelapangan selepas waktu pejabat atau pada hujung minggu.
Walaupun sudah bersara daripada perkhidmatan tetapi saya tidak perlu
bersara dalam memberi. Selain didikan emak, saya banyak menimba pengalaman
dalam pelbagai bidang. Allah memberi saya kesempatan hingga ke peringkat
antarabangsa.Diharap usaha ini dinilai sebagai ibadah untuk bekalan pulang
nanti. Saya tak banyak duit dan nak wakaf harta pun tak mampu, jadi saya
wakafkan minda, umur dan masa lapang sebagai saham akhirat.
Pada saya apabila kita memberi kerana Allah, kita akan rasa kebahagiaannya,
katanya yang pernah menjadi Pengerusi Biro Wanita Majlis Belia Malaysia dan
Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Bekerja lebih
keras
Robiah berkata, beliau tidak melihat cabaran sebagai sesuatu yang
memberatkan, sebaliknya ia menjadi pendorong kepadanya untuk bekerja lebih
keras. Hasil didikan ibu yang gigih membesarkan anak selepas kematian bapa
ketika usianya 10 tahun, beliau sudah melatih diri untuk melihat setiap
kekurangan dari sudut positif dan sebagai anak yatim, status itu bukan
penghalang untuk berjaya.
Beliau juga mengambil pendirian untuk tidak menoleh ke belakang terlalu
kerap, sebaliknya sentiasa berusaha untuk maju dan menilai diri bukan dari kaca
mata manusia tetapi mengharapkan kedudukan baik di sisi Allah.
Ilmu penting

Malah, banyak kisah hidupnya dikaitkan ibunya dengan sejarah rasulullah
menjadikan beliau berasakan begitu dekat dengan baginda. Kata-kata azimat
sering digunakan ibunya ialah jadi baik dulu baru jadi pandai.
Beberapa kali mengulangi bahawa dirinya tidak sehebat mana, Robiah tetap
bersyukur dengan keyakinan diberikan kepadanya oleh pihak yang menginginkan
pandangan serta khidmat nasihat daripadanya. Tidak lekang hilai ketawa
sepanjang perbualan, mungkin itulah resipi beliau kekal positif kerana dapat
selarikan otak, perasaan serta perbuatan. Baginya, sentiasa berjumpa orang
pandai dan hebat dapat menjadikan kita seperti mereka.
Wallahu alam.
Hasliza Hassan
Berita Harian,
16 Mac 2014
No comments:
Post a Comment