Saturday, March 8, 2014

Dari Akar hingga Buahnya ( 4 )

Benih Integriti

Bagaimanakah rupa intergriti?

a) Komuniti yang prihatin
Integriti dalam komuniti wujud apabila setiap warganegara memutuskan untuk bersama-sama melakukan yang terbaik demi masyarakat. Gotong-royong, rukun tetangga dan rumah terbuka adalah antara beberapa cara yang menunjukkan keprihatinan anda.

b) Keluarga yang saling menyayangi
Integriti terbit di rumah apabila nilai-nilai yang baik dijadikan contoh dan amalan. Keluarga yang berkomunikasi dengan baik, saling bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain menggambarkan perasaan kasih sayang antara ahli keluarga.

c) Sistem yang memberikan kemudahan
Integriti dalam masyarakat terbukti dengan sistem dan struktur kemudahan awam yang membantu amalan kehidupan yang baik, menggalakkan kehidupan yang sihat dan mempertingkatkan kecekapan. Sistem dan institusi awam yang baik memberikan kehidupan yang lebih berkualiti.

Wallahu alam.

Institut Integriti Malaysia
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment