a) Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itu adalah erti
keadilan.
b) Perpecahan akan berlaku apabila ada pihak yang menjadikan
kemewahan dunia sebagai fokus kehidupan. Tidak salah mencari, mengurus dan
mentadbir dunia, tetapi jangan sekali-kali mencintainya. Jika cinta dunia
menguasai hati, maka perpaduan tidak akan
ada lagi.

d) Hakikatnya, perpaduan dan keharmonian itu adalah buah
yang tumbuh daripada pohon kebenaran dan ketakwaan!
e) Apabila musibah melanda, selalu ingat bahawa itu
panggilan Allah untuk kita ingat padaNya. Pujuk hati, itu adalah kebaikan yang
datang dalam bentuk kepahitan. Ubat mujarab untuk kita yang sering kehilangan
sifat kehambaan.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment