Sunday, March 2, 2014

Kategori IPTA


Terdapat tiga kategori IPTA, iaitu universiti penyelidikan, universiti komprehensif dan universiti berfokus. Secara umumnya, universiti penyelidikan ialah IPTA yang dipilih untuk menjadi hab kecemerlangan akademik. IPTA itu telah menerima pengiktirafan daripada Jemaah Menteri pada November 2006. Universiti komprehensif pula ialah IPTA yang memainkan peranannya sebagai pusat pengajian untuk program prasiswazah, siswazah dan pascasiswazah. IPTA ini tidak memfokuskan bidang pengajian sesuatu pengkhususan sahaja, manakala universiti berfokus pula ialah IPTA yang menawarkan bidang tertentu, seperti pendidikan, pertahanan, pengurusan dan teknikal sebagai pengkhususannya. Di mana :

1. Universiti Penyelidikan
* Universiti Malaya (UM)
* Universiti Sains Malaysia (USM)
* Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
* Universiti Putra Malaysia (UPM)
* Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2. Universiti Komprehensif
* Universiti Teknologi Mara (UiTM)
* Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
* Universiti Malaysia Sabah (UMS)
* Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

3. Universiti Berfokus
* Universiti Utara Malaysia (UUM)
* Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
* Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
* Universiti Teknikal Melaka (UTeM)
* Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
* Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
* Universiti Malaysia Pahang (UMP)
* Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
* Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
* Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
* Universiti Pettahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Wallahu alam.

Dewan Siswa, DBP
Jilid 35 Bil 03 Mac 2013

No comments:

Post a Comment