Friday, March 7, 2014

Dari Akar hingga Buahnya ( 3 )


Pohon Integriti

a) Persekitaran
Pokok memerlukan ruang dan pendedahan kepada cahaya matahari untuk membesar sepenuhnya. Cahaya matahari membantu proses fotosintesis, iaitu penghasilan makanan oleh pokok. Pokok tanpa ruang pertumbuhan yang cukup akan terbantut. Intergriti ialah proses pembentukan peribadi yang bergantung pada persekitaran kita. Pendedahan pada nilai-nilai yang betul akan menentukan kialiti didikan kita.

Kita membesar dalam integriti apabila persekitaran kita mengandungi nilai-nilai baik dan mulia.

b) Air dan Nutrien
Pokok memerlukan air dan nutrien mineral yang cukup untuk pertumbuhan dan perkembangan. Nilai, prinsip yang baik dan keteguhan agama merupakan makanan untuk pertumbuhan dan pembentukan integriti.

Kita terus membesar dalam integriti apabila kita mempunyai diet seimbang dalam nilai-nilai yang tepat.

c) Buah
Buah yang elok merupakan hasil daripada kehidupan yang berasaskan integriti. Pelan Integriti Nasional bertujuan untuk memupuk nilai-nilai yang elok setiap warganegara dalam aspek kehidupan mereka seperti berikut: Individu, keluarga, komuniti dan masyarakat.
 
Buah intergriti kita terserlah melalui cara kita mengendali pelbagai jenis manusia dan keadaan kehidupan seharian kita.

d) Akar
Akar ialah saluran masuk air dan nutrien yang diserap ke dalam pokok. Kedalaman dan kekuatan akar menentukan keteguhan sesuatu pokok itu. Setiap orang mesti bertunjangkan nilai-nilai yang baik untuk teguh dengan integriti.

Nilai-nilai baik yang diserap membantu kita matang dalam integriti, menjadikan kita stabil dan mempunyai asas yang kukuh dalam kebenaran.

Wallahu alam.

Institut Integriti Malaysia
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment