Saturday, March 8, 2014

Perjuangan 6

1. Mengalah kepada kebenaran, itu adalah kemenangan yang sebenarnya.

2. Pemimpin sejati sentiasa berusaha dan komited memberi kebaikan kepada orang di sekitarnya dan persekitarannya. Ia bermula dengan memperbaiki dirinya sendiri.

3. Pertikaian terlalu banyak. Ilmu lawan ilmu. Kekadang membuat kita keliru. Hujah yang pelbagai, menyebabkan kita terus bertikai. Padahal ilmu itu cahaya. Mengapa? Kembali kepada soal hati. Tepuk dada, tanya hati di manakah keikhlasan?

4. Akal yang tajam hanya mampu mengenal dan menilai masalah tetapi hati yang bersih menggamit bantuan Allah untuk menyelesaikan .

Ya Allah, jangan serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata! Aameen

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment