Integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan. Akarnya dalam,
menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai
rimbunan dedaun menghijau sebagai mahkotanya. Ia berbunga bersama buah-buahan
yang merimbun, dengan warna cantik berkilat, ranum dan sedia menaburkan biji
benihnya. Unggas dan haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di
dahannya yang selamat.

Insan yang berintegriti berdiri teguh umpama pokok ini. Bertunjangkan
nilai-nilai murni, insan ini tidak akan tunduk kepada desakan dunia.
Sifat-sifat yang dipupuk dengan prinsip-prinsip mulia, dan keyakinan untuk
melakukan perkara yang betul menjadikan mereka stabil dan selamat dalam apa jua
keadaan sukar yang datang melanda. Mereka menghasilkan buah terbaik dalam
semua aspek kehidupan mereka. Mereka mempengaruhi keluarga, komuniti dan
masyarakat dengan tindakan-tindakan berteladan. Buah yang baik menyebarkan
benih intergriti, maka bertunaslah pucuk-pucuk baru yang serupa sifatnya.
Wallahu alam.
Institut Integriti Malaysia
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment