Tuesday, May 21, 2013

Setiap perbuatan sedekah



Permata 52

Daripada Jabir bin Abdullah ra, daripada nabi saw bersabda: Setiap yang makruf merupakan sedekah. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Mutiara Hikmah :

a) Orang yang selalu terlibat dalam kegiatan masjid akan memperolehi nilai dari ayat-ayat yang muhkamat, memperolehi teman yang baik, mendapat ilmu yang bermanfaat, dikurniakan rahmat yang berpanjangan serta mendapat rahmat yang tulus.

b) Dari sekian banyak rahmat Allah yang diturunkan kepada hambaNya adalah bahawa setiap orang yang mentaatiNya akan diciptakan kekayaannya di  dalam hatinya, sehingga walaupun hanya memiliki beberapa potong roti sahaja, maka perasaannya sudah seperti menguasai seluruh dunia.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment