Sunday, May 5, 2013

Jangan hanya


Jangan hanya
sebelum pilihan raya
rajin turun padang
selepas pilihan raya
tak nampak lagi bayang

Jangan hanya
sebelum  pilihan raya mudah
mesra bertegur sapa
selepas pilihan raya
susah hendak jumpa

Jangan hanya
sebelum menang merayu-rayu
minta disokong
setelah menang
tunjuk lagak sombong

Jangan hanya
sebelum menang 
macam-macam janji
setelah menang janji tinggal janji

Jangan hanya
sebelum menang berjuang
kerana agama dan bangsa
setelah menang berjuang
kerana nama dan kuasa

Ehsan Jamly
Muar Johor
BH 5 Mei 2013

No comments:

Post a Comment