Friday, May 10, 2013

Hidup


Hidup ini hanya pentas dunia
pentas lakonan para manusia
dengan pelbagai watak mereka
ragam dan sifat tiada sama

Hidup ini hanya sementara
tiada yang kekal di dunia
tapi mereka mendabik dada
bersaingan untuk mendapatkan kuasa

Hidup ini bagai roda
sekejap di atas sekejap di bawah
tiada yang senang dan kaya selamanya
pasti juga akan merasa hidup susah

Hidup ini milik Yang Kuasa
pernahkah kita bersyukur atas nikmatnya?
kita seakan alpa dengan dunia fana
padahal akhirat sedang menanti kita....

Hidup ini hanya pinjaman
untuk kita beramal dan beribadat
agar hidup penuh keimanan
semoga hidup kita mendapat berkah.

Aziee A.R
Pelita Brunei
Tahun 58 / Bilangan 51
29 Apr 2013

No comments:

Post a Comment