Friday, September 7, 2012

Unsyudat Ramziyyah

Apabila Adam bersalah dan melakukan dosa
Tuhan mengusirnya ke dunia
tiada penutup badan kecuali daun-daun pepohonan
tiada bekal dibawa kecuali sesal mengharukan kalbu
tatkala kakinya menginjak bumi
tersungkur dirinya mendengar ngauman binatang-binatang buas
dan kekuatan alam pun mempermainkannya
kerana dia begitu lemah
lapar, dingin dan takut menerpa dirinya.

Lalu dia lari ke dalam gua yang gelap gelita
Adam mula berfikir akan dirinya
betapa lemah, betapa sunyi sendiri
di suatu tempat yang seluruh penghuninya
mengejar dan memusuhinya
tanpa mengetahui sedikit pun rahsianya.

Dia memandang langit
di sana burung-burung berterbangan
dia memandang laut
di situ ikan-ikan bersenda ria

Dia memandang bumi
di situ binatang-binatang buas datang dan pergi
semua itu membuatnya gembira
kerana di sana dia menemukan makanan dan tempat berteduh.

Kini ketakutan hilang daripada dirinya
namun sesal semakin menyesakkan dadanya
walau akhirnya dia mampu mengawal diri
dia menadahkan kedua-dua tangannya langit
lalu meratap

Dan langit pun menjawab
”Pergilah wahai lelaki!
kerana aku memberi kepadamu tangan dan akal
aku juga memberi kepadamu bumi dan waktu
pergilah!
bertindaklah seperti burung-burung
terbang di angkasa
menyelamlah di laut seperti ikan
jelajahi tempat-tempat yang jauh!”

Maka Adam pun merenung dirinya
dia melihat pintu-pintu rahsia kehidupan
kini terbuka di hadapan matanya
sinar mentari menerangi kegelapan gua
kini  jalan ke hadapan menjadi terang.

Malik bin Nabi

( Menjadi wanita super dengan Asmaul Husna; Sulaiman Al-Kumayi)

 Ya Allah yang maha pencipta, Engkaulah sumber inspirasi dan motivasiku. Apabila badai datang menerpa dan menghancurkan hidupku, hanya engkau yang menjadi penghibur dan memberi semangat kepadaku dalam meneruskan kehidupan ini....Ameen.

No comments:

Post a Comment