Esei 55
Langkah-langkah ke arah
mencapai keperibadian yang menarik :
1. Menyatupadukan dan
membersihkan dalaman anda. Menurut Lady Blessington, tidak terdapat kosmetik
untuk kecantikan seperti kebahagiaan. Penulis yang hebat, meninggalkan
kata-kata yang berkekalan. Yang indah itu adalah satu kegembiraan yang kekal
buat selama-lamanya.
2. Jadilah diri kamu
yang sebenarnya. Setiap orang adalah cantik dengan uniknya dan harus kekal
demikian. Kewajaran wujud bersama-sama keikhlasan dan kesesuaian. Jika anda
bertopeng dan kata-kata bertembung dengan pemikiran dan tindakan, ianya akan
menyerlah dan kesemuanya akan musnah, muka pun tampak bengang!
3. Sempurnakan rupa
wajah dan kelakuan anda. Tiada sesiapa yang ingin dengan mereka yang gugup dan
sukar. Jadilah sumber kepada keamanan, keseimbangan, elegen, positif, kuasa
dan timbunan kekayaan! Senyumlah dengan mata. Taichi menambahkan oksigen.
Lakukanlah!
4. Sentiasa menarik dan
menawan perhatian.Bercakaplah dengan tenaga tidak terbatas,keikhlasan dan
sabitan dalam menjayakan komunikasi.

Akhirnya, kualiti
kepimpinan boleh meningkatkan karisma. Bacalah mengenainya. Ia meliputi:
keterampilan peribadi yang positif, proaktif, bersopan, bersahaja, yakin,
angun dan personaliti terimbang, daya pemilihan keutamaan yang baik, pengurusan
masa dan tabiat yang baik, keteguhan, maruah, pengaruh, kepintaran, kecekapan,
sifat pendesak, ketegasan, imej kendiri cemerlang dan kemahiran sosial,
keupayaan untuk memperkasa orang lain, sokongan dan keupayaan untuk
menyelesaikan masalah-masalah dengan cepat.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment