Saturday, May 2, 2015

Hadis dari Ali’Imran (4)

Hadis 36

Orang yang sempurna

[3:42] At-Tirmidzi, An-Nasa’i  dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari menuturkan bahawasanya rasulullah saw bersabda: Orang yang sempurna dari golongan lelaki begitu berlimpah. Dan tidak ada yang sempurna dari golongan wanita, kecuali Maryam binti Imran dan isteri Firaun, Asiyah. (Hadis ini juga ada pada Al-Bukhari, Tafsir Ibnu Katsir, 1/362)

Hadis 37

Bayi menangis

[3:43] Dari Abu Hurairah ra, dia berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Tidak seorang bayipun yang dilahirkan kecuali telah disentuh oleh syaitan sehingga dia menangis menjerit kerana sentuhan tersebut kecuali putera Maryam dan ibunya (HR Muslim,4363)

Wallahu a’lam.

Al-Quran Tajwid Warna & Terjemahan
Humaira Bookstore Enterprise

No comments:

Post a Comment