Friday, July 13, 2012

Tetangga Imam Abu Hanifah ra

Imam Abu Hanifah ra pernah tinggal bertetangga dengan seorang pemuda tampan tapi suka meminum khamar (minuman keras). Abu Hanifah biasa bergadang di malam hari untuk menelaah kitab-kitab dan membaca, sementara beliau dan pemuda itu hanya dibatasi dengan dinding. Suatu malam dalam keadaan mabuk pemuda itu melantunkan syair :

Aku akan memanggil mereka jika mereka telah menjauhiku
mereka tak peduli padaku
dan mereka tak tahu
pemuda yang mereka sia-siakan itu!

Kerana seringnya ia mengulang-ulangkan bait syair ini, maka Abu Hanifah sendiri lama kelamaan merasa nyaman dengannya. Tapi pada suatu malam Abu Hanifah tidak mendengar syair itu dilantunkan. Maka ketika ia keluar untuk solat subuh, ia menanyakan tentang pemuda itu pada seseorang : Petugas keamanan telah menemukannya dalam keadaan mabuk, kemudian membawanya ke penjara, kata orang itu.

Selesai solat subuh, Abu Hanifah pergi menemui petugas keamanan tersebut dan meminta izin untuk membawa pemuda itu. Beliau mengetuk pintu rumah polis yang menangkap pemuda itu, dengan menyebut namanya. Mendengar nama Abu Hanifah, si petugas segera keluar menemuinya tanpa sempat memakai alas kaki dan tutup kepala.
Ia mencium tangan Abu Hanifah dan berkata : Wahai tuanku, ada apa gerangan sehingga aku mendapat penghormatan besar dengan rumahku didatangi oleh engkau?

Abu Hanifah kemudian berkata : Aku datang kepadamu untuk bertanya mengenai tetanggaku yang ditangkap semalam?

Maka polis itu menjawab : Aku mempersaksikan kepadamu, bahawa aku akan melepaskan pemuda itu dan semua tahanan yang ditahan semalam.

Lalu Abu Hanifah pergi pulang bersama pemuda itu. Beliau menoleh ke tetangganya tersebut, lalu berkata : Apa kami tidak memperdulikanmu, wahai saudaraku? Atau kami melaksanakan hakmu kerana memperhatikan perkataanmu yang menyebutkan : Mereka tidak peduli padaku, dan mereka tidak tahu pemuda yang mereka sia-siakan itu!.

Pemuda itupun berkata : Tidak, demi Allah, engkau tidak mensia-siakan aku. Bahkan engkau sangat ambil berat padaku. Semoga Allah memberimu balasan kebaikan. Dan aku menjadikanmu sebagai saksi bahawa aku telah bertaubat kerana Allah.

Ia kemudian menjadi pendamping setia Imam Abu Hanifah, dan taat beribadah kepada Allah hingga meninggal dunia.

Wallahu a’alam.

( Samudera air mata : Ibnul Jauzi )

No comments:

Post a Comment