Seluruh bapa-bapa yang bangsa ketinggian adalah hambaMu
Engkaulah Rabb secara mutlaq
Dikau menghimpunkan yang berlawanan dan berpasangan
Engkaulah yang maha mulia lagi yang indah
Tiada pengakhiran keindahan dengan zatMu
Dan maha agung dan maha indah dari yang kami syuhudkan
maha suci dan maha sempurna Engkau daripada apa yang kami sifatkan
maha suci sifat keagunganMu daripada sifat-sifat baharu (sifat makhluk)
maha suci keindahanMu yang tinggi dari labuhan segala syahawat
Daku memohon kepadaMu
dengan rahsia yang Engkau himpunkan
dengannya segala yang berlawanan
Bahawa Engkau himpunkan ke atasku perceraian urusanku
sebagai himpunan yang menyaksikan daku kesatuan wujudku
Dan pakaikanlah kepadaku perhiasan keindahan
yang tenang kepadanya oleh roh-roh yang pemurah
dan bersenang-senang dengannya oleh rahsia-rahsia yang suci
Pakaikanlah kepadaku dengan mahkota kehebatan
yang tunduk kepadanya oleh jiwa-jiwa yang jahat
dan patuh kepadanya oleh hati-hati yang enggan
Tinggikanlah kadarku di sisiMu sehinggakan
segala yang meninggi diri tunduk patuh kepadaku
yang mulia menjadi hina di sisiku
Dan milikanlah kepadaku jambul segala yang bernyawa
yang jambulnya di dalam kekuasaanMu
Kurniakanlah kepadaku lisan kebenaran pada makhluk dan urusanMu
dan tanggungkanlah daku hal keadaanku dilindungi
dan diberi penuh perhatian
dan jagaanMu pada daratan dan lautanMu
Keluarkanlah daku dari kampong ketabiatan yang zalim ahlinya
dan bebaskanlah daku dari kehambaan segala makhlukMu
Berikanlah kepadaku petunjukMu yang mewarisi keamanan
dan janganlah Dikau berikan kepada selainMu
- kekuasaan ke atasku
Kayakanlah daku dengan kefakiran kepadaMu
daripada segala yang dituntut
dan kurniakanlah kepadaku dengan I’nayahMu
pada mencapaikan segala yang dicita-citakan
Engkaulah tujuan dan kebanggaanku
dan kepadaMulah tempat kembali dan kesudahan
Engkaulah yang menampal hati hambaMu
yang pecah hati dan kehairanan
dan Engkaulah yang menakutkan hambaMu yang jahat
MilikMulah kedudukan yang tertinggi dan tajalli yang terhimpun
Maha suci Engkau
Tiada Tuhan melainkan Engkau
rahmat dan ilmuMu meliputi semua perkara
Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad saw
Nabi yang ummi dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat baginda saw.
Ameen.
( Abu Al- Baqir )
No comments:
Post a Comment