Al-‘Amiri az-Zahid berkata : Sungguh! Termasuk kelalaianmu pada dirimu sendiri dan berpalingnya dirimu dari Allah adalah, bila engkau melihat apa yang membuat Allah marah, lalu kamu membiarkan dan tidak melarangnya, tidak menyuruh pada kebaikan dan tidak mencegah kejahatan kerana takut pada sesuatu yang sama sekali tidak mempunyai bahaya dan manfaat ke atas dirimu.
Dia juga mengatakan : Sesiapa sahaja yang meninggalkan perintah berbuat baik dan mencegah kejahatan kerana takut pada makhluk, maka kewibawaan dan ketaatan akan dicabut dari dirinya dan seandainya ia memerintahkan kepada anaknya atau beberapa hamba, pasti mereka akan meremehnya.
Ibnu Abu Dunya menyatakan, Rasulullah saw bersabda:
Akan datang suatu zaman, pada saat itu hati orang beriman luluh seperti larutnya garam dalam air. Lalu ada yang bertanya, Rasulullah, mengapa demikian?. Ia bersabda : Kerana kemungkaran telah dilihatnya, sedangkan ia tidak mampu mengubahnya.
Wallahu a’alam.
( Mengetuk pintu keampunan Allah, Ibnu Qayyim Al-Jauzi)
Ya Hayyu, Ya Qayyum Birahmatika Astaghitsu ( Wahai Zat yang Maha hidup lagi Kekal! Wahai Zat Yang Maha Mengurusi makhlukNya, dengan rahmatMu hamba meminta pertolongan. Ya Allah, muliakanlah aku dengan ketaatan kepadaMu dan janganlah Engkau hinakan aku dengan derhaka kepadaMu....ameen Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment