Tuesday, July 10, 2012

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

Telinga kita ada lubang, kiri dan kanan. Fungsi untuk mendengar. Suara yang didengar akan masuk melalui telinga dan diproses oleh otak. Otak dan akal akan membuat keputusan. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri – seolah-olah suara tersebut tidak diproses oleh otak, sebaliknya suara tersebut hanya lalu begitu sahaja.

Pepatah ini bermaksud orang yang tidak mahu mendengar nasihat.

Bukan semua orang mahu mendengar nasihat., lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai ego yang tinggi. Bagi mengurangkan ego serta mahu mendengar nasihat, seorang pelajar harus menghormati guru serta mengamalkan perkara-perkara berikut :

a)      Memuliakan guru-guru setiap masa
b)      Merendah diri dengan guru
c)      Berdiri ketika guru-guru masuk ke kelas, tanda menghormati mereka
d)      Memanggil guru-guru dengan panggilan yang baik
e)      Mematuhi apa yang disampaikan
f)        Bersangka baik dengan guru-guru
g)      Diam ketika guru berkata-kata

Orang yang menyampaikan nasihat kerena mereka sayangkan kita. Jika mereka bencikan kita, mereka akan berdiam diri kerana orang yang menyampaikan nasihat kerana mereka sayangkan kita. Jika mereka bencikan kita, mereka akan berdiam diri kerana mereka tidak suka kita menempa  kejayaan.Tunjukkan rasa kasih sayang mereka dengan mematuhi apa yang telah disampaikan. Mereka mahu kita berjaya dan kita tunjukkan kepada mereka bahawa kita boleh berjaya.

Islam adalah agama yang saling menasihati umatnya agar sentiasa melakukan kebaikan dan taat kepada perintah Allah SWT. Nasihat biasanya diberikan agar seseorang itu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Namun adakalanya nasihat yang diberikan tidak diendahkan dan dianggap penting. Sikap sedemikian perlu dihindari oleh pelajar  jika ingin berjaya dalam hidup.

Sebagaimana peribahasa di atas, orang yang diberi nasihat tetapi tidak memperdulikannya samalah seperti masuk ke dalam telinga kanan dan akhirnya terus keluar ke telinga kiri, memberi perumpamaan seseorang yang tertutup hati dan mindanya dari melihat kebaikan di sebalik nasihat tersebut.

Allah SWT berfirman :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

                                          (al-A’raf: 179)

Dalam ayat ini, Allah SWT mengumpamakan orang ditunjukkan  dengan kebenaran dan dikurniakan nikmat pancaindera  kurniaanNya tetapi masih berpaling dari ajaran Allah SWT adalah sama seperti keldai. Sebagai seorang pelajar, maka kita seharusnya menjadikan ayat ini sebagai peringatan untuk diri agar tidak sampai termasuk dalam golongan sedemikian. Ini kerana bermula daripada nasihat yang kecil, sekiranya tidak diendahkan, maka kita akan terus hanyut dengan kehendak dan hawa nafsu tanpa memikirkan matlamat sebagai seorang pelajar.

Kadang-kadang nasihat yng diberikan oleh ibu bapa atau orang di sekeliling kita tidak kena dengan jiwa dan kemahuan kita. Tambahan lagi bergelar seorang remaja, jiwa sentiasa ingin mencuba yang baru. Ada masanya kita perlu berfikir sejenak dan merenung nasihat-nasihat yang telah diberikan kepada kita.

Allah SWT telah berfirman :

Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan.

                              ( al-Isra: 11 )

Kesimpulannya; dua sifat yang akan membawa seseorang itu mampu menganjakkan dirinya menjadi lebih baik dan cemerlang ialah sifat mahu menerima dan memberi nasihat. Kadang-kadang kita tidak sedar akan kelemahan diri kita, maka kita perlukan orang lain yang sedar untuk menegur dan memberitahu kita. Bagi pelajar-pelajar atau sesiapa yang ingin cemerlang dan berjaya mereka haruslah mempersiapkan diri untuk mampu menerima, mendengar dan memberi nasihat.

Wallahu’alam.

( 25 pesanan zaman berzaman; YBR 2012 )

No comments:

Post a Comment