Saturday, July 7, 2012

Gantian

Diceritakan bahawa  Hatim al-Asham yang berada dalam keadaan berpuasa. Pada suatu petang hampir waktu berbuka, makanan pun disajikan. Ketika itu datang seorang pengemis meminta makanan, tanpa berfikir panjang makanan yang disediakan untuk berbuka itu pun diberikan kepada pengemis tersebut. Kemudian sajian makanan lain diberikan kepada beliau. Tidak berapa lama kemudian datang pula seorang pengemis yang lain meminta makanan. Semua sajian makanan itu pun diberikan kepada pengemis itu.

Kemudian datang pula seseorang membawa uncang berisi wang dinar. Tiba-tiba Hatim al-Asham berteriak, Tolong! Tolong! Tolonglah aku dari ‘khalaf’ (penggantian).

Di antara jiran bersebelahan rumahnya ada seorang lelaki bernama Khalaf. Oleh sebab teriakan minta tolong dan sebutan nama Khalaf, orang ramai pun mengerumuni Khalaf dan bertanya, Mengapa engkau menganggu   sheikh?

Hatim al-Asham pun datang meleraikan orang ramai yang mengerumuni Khalaf sambil berkata : Bukanlah maksud teriakanku itu ditujukan kepada Khalaf tetapi keharusan dan kelemahanku tidak tertahan lagi untuk bersyukur kepada Allah SWT kerana segeranya balasan yang diberikan kepadaku. Itulah ‘khalaf’ yang aku maksudkan.

Wallahu’alam.

( Tafsir sufi, asma’ul-husna, imam al-Qusyairi)

No comments:

Post a Comment