Pada suatu hari Khabbab menemui Khalifah Umar Al Khattab. Umar mempersilakannya duduk di tempat khusus dan sangat dekatnya sambil berkata : Tiada seorang pun yang lebih berhak duduk di sini darimu, selain Bilal.
Kemudiannya,setelah didesak oleh Umar, Khabbab menyingkap kain yang menutupi punggungnya bagi menceritakan penderitaan akibat siksaan oleh Quraisy.
Ketika itu, kaum musyrikin menyalakan kayu bakar hingga menjadi bara, lalu mereka membuang bajuku dan mengheret tubuhku di atas bara hingga sebahagian daging punggungku terkelupas dan terlepas dari tulangnya Bara itu padam kerana cairan yang keluar dari tubuhku!.
Di penghujung usia Khabbab berubah dari miskin kepada kaya raya. Menjelang kematiannya beberapa sahabat menziarahinya.
Khabbab berkata : Di tempat inilah ( sambil menyebutnya ) aku menyimpan 80 ribu dirham.Demi Allah, aku tidak mengikatnya dan aku tidak pernah menolak orang yang memintanya!. Lalu dia pun menangis.
Aku menangis kerana sahabat-sahabat lamaku telah mendahului tanpa pernah merasakan balasan atas kebaikan selama mereka hidup di dunia. Tapi aku tetap hidup hingga sekarang dan menikmati kekayaan yang banyak ini. Aku takut, kekayaan ini merupakan balasan atas kebaikan-kebaikanku.
Bila Khabbab meninggal dunia, Ali bin Abu Talib berdiri di samping liang kuburnya sambil berkata :
Semoga Allah SWT mengasihi Khabbab, sesungguhnya dia telah memeluk Islam dengan sukarela, hijrah kerana taat dan menghabiskan hidupnya sebagai mujahid (pejuang). Dan Allah tidak akan mengabaikan balasan bagi orang yang berbuat kebaikan!.
Wallahu a'alam.
No comments:
Post a Comment