….sepatutnya apabila semakin kaya, semakin tawaduklah seperti sahabat Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf. Beliau mempunyai duit yang berbilion. Kekayaannya luar biasa dan hebat. Tapi, di sebalik kekayaan itu, kebaikannya tetap terserlah.
Ya sebaik tiba malam hari, dia memasukkan duitnya di dalam guni. Kemudian dia akan pergi ke kedai-kedai lalu mengetuk setiap pintunya.
Apakah mahumu wahai sahabat Rasulullah?. Bertandang dan mengetuk pintu pada malam-malam hari ini begini?, Tanya tuan kedai tersebut sebaik melihat Abdul Rahman bin Auf tercegat di hadapan. Maka jawab Abdul Rahman, Aku hadir untuk membayar sejumlah hutang kepadamu.
Pemilik kedai itu kemudiannya berkata : Hai, kamu ini Abdul Rahman bin Auf, mana kamu berhutang dengan saya?.
Ya, saya memang tidak berhutang dengan kamu. Tapi saudara kita yang berhutang dengan kamu. Maka sekarang tolong ceritakan kepadaku siapakah dalam kalangan saudara kita yang berhutang dengan kamu?. Aku ingin menjelaskan hutang mereka.
Masya-Allah!. Apakah kita tidak dapat menggambarkan betapa indah dan murahnya hati Abdul Rahman bin Auf. Begitu luhur hatinya sehingga melakukan sedemikian rupa.Maka setelah dikira semua hutang tersebut, Abdul Rahman bin Auf pun melangsaikannya. Kemudian, dia beralih ke kedai lain pula.
Tapi sebelum melangkah pergi, dia sempat menyampaikan pesanan yang berbunyi, Tapi tolong jangan beritahu kepada orang lain bahawa aku yang menjelaskan hutang untuk mereka.
Masya-Allah, sikap apakah yang telah ditunjukkan insan mulia ini. Sikap yang tidak dimiliki orang biasa. Inilah teladan yang telah ditonjolkan. Ramai yang mengiktiraf Abdul Rahman bin Auf sebagai kaya. Tapi kekayaan itu sedikit pun tidak melalaikannya. Bahkan dia menjadi lebih tawaduk dan murah hati.
( Tuhan sedang menguji kita; Ustaz Kazim Elias )
No comments:
Post a Comment