Friday, July 13, 2012

Huruf Tsa’

Tuhanku
Engkaulah yang teguh sebelum semuanya teguh
Engkaulah yang kekal selepas segala sesuatu yang berkata-kata dan yang diam….
Bahkan tiadalah yang sediakala melainkan Engkau…
Dan tiadalah yang wujud hakiki melainkan Engkau jua…
MilikMulah segala kebesaran, kehebatan, keagungan dan kekuasaan …..
Dikaulah yang mengerasi ke atas orang-orng yang takabbur
dan Dikaulah yang menghancurkan orang-orang zalim….
Dikaulah jua yang menggoncangkan urusan orang-orang yang mulhid
dan Dikaulah yang menghinakan leher-leher orang yang engkar….

Daku memohon kepadaMu
Wahai yang menguasai segala yang menang,
Yang mengembalikan segala yang hilang….
dengan pakaian kebesaranMu,
persalinan keagungan dan kehebatanMu
dan segala-galanya di sebalik semua itu
yang tidak diketahui melainkan Engkau jua….

Kurniakanlah kepadaku pakaian kehebatan
daripada kehebatanMu yang lembutkanlah
lantarannya oleh segala hati
dan tundukkanlah kepadanya segala penglihatan
kurniakanlah kepadaku penguasaan
 terhadap segala yang bengis dan zalim
dan kekalkanlah kepadaku kehidupan ubudiyyah (sifat kehambaan)
dalam semua keadaan itu
lindungilah daku daripada kesalahan dan kegelinciran
dan sokongilah dalam segala perkataan dan perbuatan….

Sesungguhnya Dikaulah yang menetapkan segala hati
dan penghilang segala duka…
tiada Tuhan melainkan Engkau…

Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad saw
Nabi yang ummi dank e atas seluruh keluarga dan sahabat baginda.

(  Syeikh Muhyiddin ibnu A’rabi ra )

No comments:

Post a Comment