Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas, suatu hari pernah berkata : Aku termasuk orang yang dalam ilmu. Dan di lain waktu ia juga berkata : Bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilangan aku.
Maka ketika ia pulang ke rumahnya, Allah mengutus seorang malaikat yang berwujud manusia. Malaikat itu mengetuk pintu rumahnya, dan Ibnu Abbas pun keluar untuk membukakan pintu bagi ‘tamu’nya itu.
Malaikat lalu bertanya kepadanya : Hai Ibnu Abbas, apa pendapatmu mengenai semut yang kecil bentuknya, di mana letak nyawanya? Apakah di bahagian depan atau bahagian belakangnya? Ibnu Abbas tidak mampu menjawabnya. Lalu ia segera masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu. Kemudian berjanji pada dirinya bahawa ia tidak akan pernah lagi mendakwa dirinya memiliki ilmu selamanya.
Disebutkan bahawa sumber kebinasaan itu ada empat perkara iaitu; Aku, kami, bagiku dan punyaku.
Allah Ta’ala berfirman :
Dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui
( Yusuf : 76 )
Wallahu a’alam.
( Ibnul Jauzi )
No comments:
Post a Comment