Penjual sayur terima anugerah Ramon Magsaysay
MANILA: Penjual sayur yang telah memberi lebih TWD 7 juta (RM737,850) kepada beberapa badan amal untuk kanak-kanak, adalah seorang daripada enam pemenang anugerah Asia, satu anugerah hampir sama dengan Anugerah Nobel, semalam.
Yayasan Anugerah Ramon Magsaysay yang berpangkalan di Manila , menamakan Chen Shu-chu sebagai seorang daripada enam pemenang, dengan mengatakan “pemberian peribadi itu melambangkan perasaan yang mendalam, konsisten, belas ihsan dan telah mengubah kehidupan ramai rakyat Taiwan yang dibantu oleh beliau.”
Dengan hanya pendapatan seharian sebagai penjual sayur, Chen, yang hanya belajar hingga darjah enam, tidur di atas lantai, mampu membantu membina sebuah perpustakaan dan memberi makan dan tempat berlindung kanak-kanak yang menghadapi risiko, begitu juga keluarga yang kehilangan tempat berlindung akibat bencana alam.
“Duit hanya berguna apabila ia dibelanjakan untuk mereka yang memerlukan dan saya gembira apabila dapat membantu orang lain,” katanya. - Reuters
“Duit hanya berguna apabila ia dibelanjakan untuk mereka yang memerlukan dan saya gembira apabila dapat membantu orang lain,” katanya. - Reuters
Wallahu a’alam.
( My Metro; 27 Julai 2012 )
No comments:
Post a Comment