Imam Ahmad berkata : Diceritakan kepada kami oleh Yahya bin Ghailan, bahawa Nabi saw bersabda, Jika engkau melihat seorang hamba pendosa yang bermandikan kenikmatan duniawi, hal itu bukan bererti Allah tidak cinta kepadanya. Akan tetapi hal itu adalah hikmah Allah yang membuat penerimanya semakin banyak berbuat maksiat. Rasulullah saw membaca firman Allah SWT :
Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu, mereka terdiam berputus asa.
( al-An’am [6]:44 )
Beberapa ulama klasik mengatakan : Apabila anda melihat Allah mengurniakan nikmatNya kepada anda secara terus menerus, sedangkan anda selalu melakukan pekerjaan maksiat, maka waspadalah. Sesungguhnya itu adalah umpan yang membuaimu.
Wallahu a'alam.
Wallahu a'alam.
( Mengetuk pintu keampunan Allah, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah )
No comments:
Post a Comment