Kucing adalah binatang peliharaan yang jinak. Duduk seekor kucing ialah bertertib dan penuh sopa. Manakala harimau pula dikategorikan sebagai binatang liar yang tangkas dan garang.
Maksud pepatah duduk seperti kucing, melompat seperti harimau ialah seorang yang pendiam tetapi pantas dan tangkas dalam melakukan pekerjaannya.
Seorang pelajar harus mempunyai sikap-sikap berikut bagi menjamin kejayaannya:
a) Memberi penumpuan semasa dalam kelas
b) Diam dalam kelas kecuali bertanya dan berbincang
c) Membuat kerja sekolah
d) Cuba memahami istilah-istilah baru
e) Mengingati, memahami dan menghafal perkara-perkara yang perlu
f) Perlu banyak berfikir
Sifat peramah dan suka menplong orang dapat menjadikan seorang pelajar itu dihormati dan disanjungi. Sifat seperti ini memudahkan seseorang pelajar itu untuk berinteraksi serta mendapat maklumat untuk kemajuan dirinya sendiri.
Tidak ada gunanya kita menunjukka kehebatan yang ada dalam diri kita. Hakikatnya kita mempunyai ilmu yang sedikit sahaja. Kita tidak akan rugi sekirannya kita merendah diri. Dalam kebanyakkan situasi, diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
Seseorang yang berilmu mempunyai sikap yang terpuji iaitu rendah hati. Dia berusaha untuk menjauhi sifat bangga diri dan riak dengan ilmu dan kehebatan yang dikehendaki.
Allah SWT telah berfirman :
Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang yang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.
( al-Furqan : 63 )
Kesimpulannya, akhlak ialah cermin bagi diri seseorang. Usaha dengan gigih untuk menjadi anak yang sangat membanggakan ibu dan ayah serta gigihkan usaha dengan penuh keazaman untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Hiasi diri dengan akhlak yang indah seperti rendah diri, hormat menghormati, menghargai dan sebagainya, nescaya kita akan dikasihi manusia dan diredhai Allah SWT.
Wallahu’alam.
( 25 pesanan zaman berzaman; YBR 2012 )
No comments:
Post a Comment