Dia bertanya : Apa keperluanmu, wahai anak?
Aku katakan kepadanya: Aku dengar dari orang-orang yang berkata tentangmu ketika engkau keluar dari masjid; Barangsiapa yang ingin melihat seorang penghuni syurga, maka lihatlah orang ini. Maka aku mengikutimu, supaya mengerti bagaimana orang-orang mengenalimu sebagai penghuni syurga.
Dia berkata : Allah lebih tahu akan penghuni syurga, wahai anakku.
Aku pun berkata : Ya, tapi apa yang mereka katakan tentu ada sebabnya.
Dia lalu berkata : Aku akan ceritakan kepadamu
Aku pun berkata : Ceritakanlah, semoga Allah membalas dengan kebaikan
Dia pun bercerita :
Ketika aku sedang tidur di suatu malam, datanglah seorang lelaki dan berkata kepadaku : Berdirilah!
Aku pun berdiri. Dia memegang tanganku. Tiba-tiba aku berada di sebatang jalan di kiriku dan melaluinya. Lalu dia berkata : Tinggalkanlah jalan itu kerana itu bukanlah untukmu.
Aku pun melihat-lihatnya. Tiba-tiba aku berada di jalan yang asing di sebelah kananku. Lalu dia berkata kepadaku : Laluilah jalan ini.
Maka aku menelusurinya hingga tiba di sebuah taman indah yang luas menghijau serta nyaman. Di tengah-tengahnya ada tiang-tiang dari besi yang tapaknya di bumi dengan pangkalnya di langit. Di atasnya terdapat lingkaran dari emas. Lalu dia berkata kepadaku: Naiklah ke atasnya.
Setelah itu, datang seorang hamba lalu mengangkatku naik hingga sampai di puncak tiang. Akhirnya aku mengapai lingkaran itu dengan kedua tanganku. Aku tinggal bersenang-lenang di lingkaran itu, hingga tiba waktu pagi.
Ketika pagi, aku menemui Rasulullah saw dan menceritakan mimpiku. Baginda berkata : Ada pun jalan yang kamu lihat di sebelah kirimu adalah jalan as-haabusy-syimal untuk penduduk neraka. Dan jalan yang engkau lihat di sebelah kananmu ialah as-haabul-yamin untuk ahli syurga. Taman yang kau sukai kehijauan dan kesegarannya adalah Islam. Tiang-tiang yang berada di tengah-tengahnya adalah agama dan lingkaran itu adalah ikatan yang teguh. Dan engkau akan berpegang kepadanya hingga engkau mati!.
Wallahu a'alam.
( 65 manusia langit; Pustaka Azhar )
No comments:
Post a Comment