Ruyung ialah kulit atau kayu yang keras daripada batang pokok rumbia. Pokok ini menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan sagu. Bagi mendapatkan sagu, kulit pada pokok rumbia tersebut harus dipecah-pecahkan terlebih dahulu.
Pokok ini pula sukar didekati kerana kedudukannya yang kadang-kadang berdekatan paya dan di dalam hutan. Pendek kata usaha untuk mendapatkan sagu bukanlah satu usaha yang mudah. Dari rumah lagi, seorang pencari sagu harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Parang dan kapak seharusnya tajam. Persiapan menghadapi binatang-binatang berbisa dan lain-lain kemungkinan juga harus dititik beratkan.
Maksud pepatah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.
Bagi mencapai sesuatu matlamat, seseorang itu harus berusaha. Usaha yang berterusan harus mempunyai elemen-elemen berikut :
a) Mempunyai kemahuan yang kuat mencapai kejayaan.
b) Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa usaha yang hebat akan menghasilkan kejayaan
c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan sanggup membantu orang lain bagi mencapai kejayaaan yang sama
d) Mempunyai kaedah yang hebat untuk berjaya
Kesungguhan untuk berjaya boleh menghasilkan kejayaan. Untuk mencapai kejayaan itu, pelbagai kaedah boleh digunakan mengikut kesesuaian masing-masing.
Impian yang tinggi tanpa diiringi usaha adalah sesuatu yang sia-sia. Secara umumnya usaha yang sedikit pula akan menatijahkan hasil yang tidak seberapa. Oleh itu, sebagaimana kita meletakkan impian dan matlamat yang tinggi untuk dicapai, maka usaha juga perlulah luar biasa kerana kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.
Islam menyeru umatnya agar berusaha dengan optimum bagi mencapai sesuatu yang dihajati.
Firman Allah SWT bermaksud :
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
( al-Ankabut : 69 )
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa orang-orang yang berjihad iaitu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan membantunya dengan membimbing dan menunjukkan jalan yang benar serta memberi pertolongan kepada mereka. Dalam apapun jua urusan kehidupan, sekiranya perkara itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh demi mengharap keredhaan Allah SWT, maka sudah pasti Allah SWT melorongkan jalan dan kemudahan baginya.
Bagi seorang pelajar, kejayaan yang diinginkan tidak akan menjadi kenyataan sekiranya dia tidak berusaha. Tetapi jika dia berusaha, sudah pasti Allah SWT akan membantunya sebagaimana janji Allah SWT dalam ayat di atas. Allah SWT telah memberikan banyak cara dan kemudahan untuk berjaya seperti memahami doa yang dipelajari, dikurniakan sahabat-sahabat yang baik, cerdas minda dan kefahaman untuk membantu sahabat yang lain, mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan pelbagai lagi pertolongan dari Yang Maha Berkuasa kepada hamba-hambaNya yang berusaha ke arah kebaikan.
Kesimpulannya, mujahadah dalam hidup ialah berjuang melawan hawa nafsu, bersabar dengan setiap ujian yang datang dan sentiasa bersedia. Di samping diiringi amalan yang istiqamah pasti akan membuahkan hasil yang lumayan dan hebat.
Wallahu’alam.
( 25 pesanan zaman berzaman; YBR 2012 )
terjemahan ayat Al-Quran tersalah eja harap dapat dibetulkan.tq
ReplyDeleteFirman Allah SWT bermaksud :
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang [berbust] baik.
( al-Ankabut : 69 )
saya copy paste ke FB yer. saya link kan sekali blogspot saudara.
ReplyDeleteOh thank you.So now I can use it in my upsr
ReplyDeleteOh thank you.So now I can use it in my upsr
ReplyDelete