Thursday, July 26, 2012

Haji Tidak Mabrur II


  1. Kurang mengamalkan sunnah Rasulullah saw ketika menunaikan ibadat haji

a)    Jemaah perlu mengetahui amalan-amalan sunnah semasa melaksanakan ibadat haji dan umrah dan amalan-amalan lain semasa di tanah suci

b)   Melaksanakan korban adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah saw dalam ibadat haji.

  1. Tidak bertimbangrasa sesama jemaah haji seperti berat tulang, sangat berkira dan tidak membantu jemaah yang memerlukan pertolongan kerana mementingkan diri sendiri.

a)   Ibadat haji adalah perkongsian rasa dan suasana secara beramai-ramai.Oleh itu bantulah orang yang memerlukan, pasti Allah SWT akan meringankan beban mereka.

b)   Jemaah biasanya tinggal beramai-ramai di bilik-bilik penginapan yang mana penggunaan air adalah mengikut giliran. Jika orang yang mementingkan diri menggunakan bilik air terlalu lama untuk dirinya seorang, maka apa perasaan jemaah yang lain yang sedang menunggu giliran dan

c)    Suka bergaduh, panas baran, bertengkar, menjauhi diri dari kawan-kawan serta bermasam muka, tidak bertegur sapa dengan anggota keluarga dan sahabat handai melebihi 3 hari melambangkan ciri-ciri haji yang mardud.

  1. Jika setiap amalan amalan haji banyak bergantung kepada pertolongan jemaah lain sama ada secara upah atau sukarela seperti upah sorong tawaf, sai’e, melontar menyebabkan amalan tersebut tidak yakin sempurna.

  1. Kurang semangat berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sedangkan
berada di kedua-dua masjid ini diberi pahala yang berlipat ganda. Pahala berjemaah di Tanah Haram atau Masjidil Haram digandakan sehingga 100 000 kali ganda bagi setiap waktu solat. Sementara di Masjid Nabawi Madinah, pahala berjemaah ialah 1 000 kali ganda setiap waktu solat

  1. Mengabaikan amalan-amalan sunat kerana bercita-cita hendak datang lagi pada masa akan datang sedangkan belum pasti dapat datang lagi. Ataupun suka menangguhkan pekerjaan baik serta malas bertalbiah selepas berniat.
a)    Apabila telah berada di Mekah, jemaah hendaklah mengamalkan kerja-kerja   sunat yang banyak seperti bersedekah, mengunjungi sahabat handai, beri’tikaf di masjid. Apatah lagi jika dapat memantu sesama jemaah yang memerlukan

b)   Digalakkan bertalbiah selepas berniat ihram kerana ia di antara perkara sunat yang diberati.

( JAWHAR, JPM  2010 )

No comments:

Post a Comment