Tuesday, July 10, 2012

Tafsiran kalimah Huzaifah bin Yaman

Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar ibnul-Khathab ra telah bertemu dengan Hudzaifah bin Yaman. Ia lalu menegur sahabatnya itu; Bagaimana khabarmu, wahai Hudzaifah?

Hudzaifah menjawab, Wahai Amirul Mukminin, aku telah menyukai fitnah dan membenci kebenaran,mengucapkan sesuatu yang tidak diciptakan, memberikan saksi dengan sesuatu yang belum pernah aku lihat, aku solat tanpa wudhuk. Aku memiliki sesuatu di bumi yang tidak ada di sisi Allah di langit.

Umar sangat marah mendengar ucapannya itu dan hampir mencekiknya. Untung ia segera teringat akan akrabnya Hudzaifah dengan Rasulullah saw sehingga ia boleh menahan diri. Kemudian Umar bertemu dengan Ali bin Abi Thalib, dengan wajah yang masih merah menahan marah atas Hudzaifah. Ali yang melihat wajah Umar merah padam lantas bertanya, Apa yang membuatmu marah wahai Amirul Mukminin?. Umar pun menceritakan kisah pertemuannya dengan Hudzaifah itu.

Maka Ali pun berusaha menenangkan Umar dan menjelaskan duduk masalahnya. Ali berkata, Hendaknya hal itu tidak membuatmu marah. Kalau ia (Hudzaifah) berkata bahawa ia menyukai fitnah, maka itu adalah takwil dari firman Allah Ta’ala :

Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah futnah, cubaan (bagimu)

                                                (at-Taghaabun : 15)

Adapun katanya, bahawa ia membenci yang haq (kebenaran), maka yang haq itu adalah kematian yang pasti terjadi dan tidak ada yang bebas daripadanya. Sedangkan perkataan, bahawa mengucapkan sesuatu yang tidak diciptakan, maksudnya adalah Al-Qur’an, kerana ia bukan makhluk. Perkataannya, bahawa ia memberi kesaksian dengan sesuatu yang tidak pernah dilihatnya, maksudnya bahawa ia membenarkan adanya Allah yang belum pernah dilihatNya.

Kemudian katanya bahawa dia solat dengan tanpa wudhuk, maksudnya ia berselawat (kata solat bisa bermakna selawat – Ed.) kepada Nabi saw dan itu tidak perlu dilakukan dengan berwudhuk. Sedangkan kalimatnya bahawa ia memiliki sesuatu di bumi yang tidak dimiliki Allah di langit, maka maksudnya ialah bahawa ia memiliki isteri dan anak-anak. Dan itu tidak dimiliki oleh Allah sama sekali.

Umar kemudian berkata, Sungguh baik engkau, ya Abu Hasan. Engkau telah menghilangkan kesedihan yang sangat besar dariku.

Wallahu’alam.

( Samudera air mata, Ibnul Jauzi )

No comments:

Post a Comment