Diceritakan bahawa seorang ahli ilmu nahwu (tata bahasa) datang menghadiri majlis Ibnu Syam’un, seorang pemberi nasihat yang zuhud. Lalu ahli nahwu itu mendapatkan Syeikh itu salah dalam berbahasa dan kurang fasih dalam bertutur. Maka ahli nahwu itu tidak pernah datang lagi untuk menghadiri majlisnya.
Melihat itu, Ibnu Syam’un lalu menulis surat kepadanya yang berbunyi :
Aku melihatmu tergolong orang yang membanggakan diri. Engkau lebih senang berdiri di belakang pintu (tidak mahu hadir – Ed). Mahukah engkau mendengar pesan seorang arif kepada seorang ahli sastera?
Orang arif itu menulis, barangsiapa yang lebih berpegang pada ketepatan bahasanya, maka ia akan salah dalam perbuatan-perbuatannya. Engkau ini lebih suka memperhatikan soal rafa’ (baris depan), khafadh (baris bawah), fazam (baris mati), menyambung dan memutuskan kalimat. Tetapi pernahkah engkau mengangkat permohonan-permohonan kepada Allah? Pernahkah engkau merendahkan suara dari kemungkaran-kemungkaran? Pernahkah engkau memandang neraca kematian yang ada di depan matamu dengan saksama? Apakah engkau tidak tahu bahawa kelak seorang hamba tidak ditanya dengan ; Mengapa engkat tidak mu’rab (menyusun bait)?, tetapi ia akan ditanya; Mengapa engkau berbuat dosa?
Wahai fulan, bukanlah yang diinginkan itu kefasihan dalam berbicara tetapi kefasihan dalam perbuatan. Kalau sekiranya kefasihan berbicara itu lebih terpuji daripada kefasihan perbuatan, tentulah Harun lebih utama menyampai risalah dari pada Nabi Musa as.
Allah SWT mengabarkan perkataan Nabi Musa as :
( al-Qashshash : 34 )
Namun Allah memilih Musa as untuk menyampaikan risalah kerana kefasihan (kebaikan) perbuatannya. Dan Allah lebih mengetahui di mana Dia menurunkan risalahNya.
Wallahu’alam.
( Samudera air mata; Ibnu Jauzi )
No comments:
Post a Comment