Saturday, July 7, 2012

Arang habis, besi binasa

Tukang besi akan menggunakan bara api untuk melembutkan besi. Apabila besi telah lembut, besi tersebut akan dibentuk-bentuk untuk dibuat ukiran, parang dan sebagainya. Arang digunakan bagi mendapatkan bara api. Tukang besi melakukan kerja yang sia-sia apabila beliau meletakkan besi di bara api begitu sahaja. Akhirnya besi tersebut akan lebur atau cair begitu sahaja.

Pepatah arang habis, besi binasa bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan yang sia-sia.

Banyak dalam kalangan pelajar membuang masa dan melakukan keja yang sia-sia. Senario ini berlaku kerana mereka tidak nampak masa depan. Walaupun ibu bapa dan guru-guru memberukan nasihat, menceritakan pengalaman mereka dan orang-orang terdahulu tetapi pelaar-pelajar mengabaikannya begitu sahaja.

Pekerjaan sia-sia yng dilakukan oleh segelintir pelajar kerana tidak memberikan penekanan terhadap factor masa. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh pelajar-pelajar yang berkaitan dengan masa :

a)      Masa yang telah berlalu tidak akan kembali – oleh itu  buatlah kerja-kerja yang berfaedah agar tidak menyesal nanti.
b)      Masa itu tidak boleh dicipta – oleh itu ciptalah sesuatu manfaat sekarang agar pada masa akan datang manafaat yang akan diperoleh.
c)      Masa tidak boleh dijual beli – kelalaian sekarang dibayar pada harga yang tinggi masa depan
d)      Masa tidak boleh dicari – pencarian ilmu menjamin kejayaan masa akan datang

Melakukan kerja yang sia-sia tidak mendatangkan apa-apa faedah malah amat merugikan sama sekali. Sifat malas, tidak bersungguh-sungguh, buang masa dan perkara-perkara negatif yang lain tidak akan nampak hasilnya dalam tempoh masa yang singkat. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja kita boleh nampak hasilnya apabila sebahagian rakan-rakan kita melanjutkan pelajaran dan kita masih tercari-cari kolej atau universiti yang bersesuaian dengan keputusan yang telah kita terima. Bertindaklah sekarang untuk kejayaan masa depan.

Dalam al-Quran, Allah SWT mengkhabarkan kepada kita bahawa antara ciri insan yang berjaya di sisiNya ialah orang yang menjauhi perbuatan sia-sia yang tidak berguna.

Allah SWT tela berfirman :

Telah beruntung orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia.

                                                ( al-Mu’minum : 1-3 )

Sekiranya seseorang pelajar itu terjebak dalam perbuatan yang sia-sia seperti terjebak dalam gejala keruntuhan moral, membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat, maka dia sebenarnya menghampiri kegagalan dalam hidup. Oleh itu, peluang dan masa yang ada di alam persekolahan ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Ini kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

Berhubung dengan masa, pepatah Arab ada menyebut : Masa itu seperti pedang, jika kamu  tidak memotongnya nescaya dia akan memotong kamu.

Selain itu, marilah kita menghayati pesanan Rasulullah saw sebagaimana maksud hadisnya :

Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum lima waktu yang lain iaitu :
i)                   Masa hidup sebelum mati
ii)                 Masa sihat sebelum sakit
iii)              Masa lapang sebelum sibuk
iv)                Masa muda sebelum tua
v)                  Masa kaya sebelum fakir

Marilah kita bermujahadah untuk melawan hawa nafsu kerana jihad yang paling besr kata Nabi Muhammad saw ialah jihad melawan hawa nafsu. Jika nafsu menguasai diri, iman akan mengecil maka manusia akan hidup dengan penuh kelalaian dan sia-sia.

Wallahu’alam.

( 25 pesanan zaman berzaman; YBR 2012 )

No comments:

Post a Comment