Friday, March 10, 2017

Memperkasakan sekolah kebangsaan

Latar belakang

Intergrasi dan peraduan kaum memainkan peranan yang sangat besar bagi memajukan negara. Kejayaan sesbuah negara dalam era globalisasi  dan liberalisasi bergantung kepada perpaduan rakyat,  ketahanan  dalaman dan kemampuan daya saing generasi masa hadapan. Generasi  masa ini dan masa hadapan di Malaysia perlu lebih bersatu padu demi keharmonian sebuah negara yang majmuk. Hasrat pertubuhan sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara  sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan negara seperti yang dinyatakan dalam Ordinan Pelajaran  1952.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memperkasakan SK dengan meningkatkan kualiti SK agar menjadi sekolah pilihan utama ibu bapa tanpa mengira kaum dan agama. Walaupun pelbagai inisiatif dan program telah dilaksanakan oleh kerajaan, hasrat dan aspirasi penubuhan SK untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menghadapi pelbagai cabaran.

Brif ini bertujuan membincangkan isu-isu yang menjadi halangan dan cabaran dalam hasrat kerajaan memperkasakan SK sebagai sekolah pilihan pelbagai kaun berserta inisiatif memperkasakan SK yang telah dan sedang dilaksanakan. Faktor-faktor yang menjadi penghalang dan cabaran adalah seperti peningkatan permohonan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsan Tamil (SJKT), pemasuhan kuota kemasukan murid warganegara Malaysia, pelaksanaan Dasar Memartabatkan BahasaMalaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris dan perkembangan homeschooling. Matlamat brif ini adalah untuk mendapatkan pandangan daripada ahli Majlis Penasihat berkaitan cadangan langkah ke hadapan bagi memperkasakan SK.

Isu

Pada masa ini perpaduan kaum yang dihasratkan melalui pendidikan masih belum tercapai dan SK tidak lagi menjadi pilihan utama untuk semua kaum. Ini dapat dilihat dengan perkembangan pendidikan di peringkat nasional seperti yang berikut:

#1 Peningkatan permohonan penubuhan SJKC dan SJKT
Semenjak kebelakangan ini desakan penubuhan SJKC dan SJKT baharu semakin meningkat atas alasan peningkatan enrolmen murid di SJKC dan SJKT, Kelulusan bagi penubuhan sekolah jenis kebangsaan ini boleh mengakibatkan polarisasi kaum yang lebih meluas. Peningkatan penubuhan SJKC dan SJKT secara tidak langsung mengakibatkan permohonan bagi penambahan sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) sebagai kesinambungan pendidikan vernakular di negara ini. Perkembangan ini mengakibatkan pengaliran keluar murid Cina dan India dari SK dan data di bawah menunjukkan penurunan enrolmen murid Cina dan India di SK.

Jadual : Peratus Murid Cina dan India di Sekolah Kebangsaan:

Jenis Sekolah
2000
2011
2014
Cina
India
Cina
India
Cina
India
SK
8
49
4
38
0.9
2.8
SJKC
92
5
96
5
85
2.2
SJKT
0
47
0
56
0.03
99.6
Sumber : BPPDP,KPM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan kewajaran bilangan SJKC ditambah mengikut  desakan daripada pihak tertentu sedangkan KPM perlu memberi fokus kepada pengukuhan SK. Oleh itu, beliau meminta kerajaan menghentikan kelulusan permohonan pembinaan SJKC baharu dan meminta kerajaan mengambil maklum tentang kedudukan SK sebagai sekolah untuk semua kaum. Sehubungan dengan itu, KPM hendaklah tegas dalam isu mempertahankan peruntukan dan dasar sedia ada agar agenda mengintegrasikan rakyat Malaysia dapat dicapai. Walau bagaimanapun, dengan sistem pendidikan negara yang memberi opsyen kepada pelbagai pilihan persekolahan kepada ibu bapa, sokongan ibu bapa menghantar anak mereka ke SK semakin berkurangan terutamanya di kawasan bandar. Akibatnya terdapat beberapa SK menjadi sekolah kurang enrolmen.

#2 Pemansuhan kuota kemasukan murid warganegara Malaysia

Susulan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 18 Januari 2012 memutuskan pembukaan kuota kemasukan murid warganegara ke sekolah antarabangsa daripada 40 peratus kepada 100 peratus. Hakikatnya, murid di sekolah swasta adalah dalam kalangan ibu bapa berpendapatan tinggi. Keputusan pemansuhan kuota kemasukan muridwarganegara Malaysia , secara tidak langsung mengakibatkan ibu bapa tidak memilih SK sebagai sekolah pilihan. Hal tersebut mengakibatkan intergrasi pelbagai kaum dan sosioekonomi tidak tercapai. Data di bawah menujukan peningkatan enrolmen murid warga negara di sekolah swasta,

Data juga menunjukkan  bahawa kemasukan murid ke sekolah antarangsa  didapati tidak seimbang daripada segi jumlah murid berdasarkan kaum. Enrolmen murid Melayu ialah 16 peratus berbanding dengan kaum Cina sebanyak 69 peratus dan 15 peratus kaum India. Jika ini berterusan dikhuatiri jurang di antara kaum semakin meluas.

#3 Pelaksanaan Dasar MBMMBI

Pada 8 Julai 2009 Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan  pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sainsdan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan MBMMBI. Pelaksanaan Dasar MBMMBI telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang melihat kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains. Dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI, terdapat peningkatan bilangan sekolah yang menggunakan BM sepenuhnya atau dwibahasa dalam PdP Sains dan Matematik.

Secaratidak langsung pelaksanaan dasar MBMBI ini menyebabkan berlakunya perpindahan murid daripada golongan ibu bapa yang berkemampuan ke sekolah menengah swasta yang mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

#4 Perkembangan homeschooling

Menurut laporan media, homeschooling semakin berkembang dan situasi ini memberi implikasi kepada enrolmen murid di sekolah menengah. Perkembangan ini disebabkan terdapat segolongan ibu bapa telah hilang kepercayaan kepadasistem pendidikan kebangsaan. Walaupun homeschooling tidak digalakkan di Malaysia, dikhuatiri jumlah murid yang mengikuti homeschooling di peringkat menengah semakin meningkat. Hal ini adalah kerana pelaksanaan homeschooling tidak jelas daripada aspek dasar. Secara amnya pelaksanaan homeschooling di Malaysia berkaitan dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di peringkat pendidikan rendah (akta Pendidikan 1996, Seksyen 29A) dan berdasarkan Garis Panduan Pendidikan Wajib (Penangguhan dan Homeschooling) yang menjelaskan penguatkuasaan Pendidikan Wajib.

Ibu bapa yang ingin melaksanakan homeschooling bagi murid sekolah rendah perlu memohon kebenaran daripada KPM dan semua aktiviti PdP perlu dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah mereka.Kebanyakan murid yang mengikutihomeschooling adalah murid di peringkat menengah yang tidak tertakluk kepada dasar pendidikan wajib. Walau bagaimana pu terdapat homeschooling yang dilaksanakan secara community based (kebanyakannya murid sekolah menengah) di pusat tuisyen yang juga melaksanakan IGCSE dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Perkara ini bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan Pendaftaran Institusi Pendidikan ) 1997 yang hanya membenarkan pusat tuisyen memberi pendidikan bimbingan atau membantu seseorang muridyang sedang belajar di sekolah bagi menyediakan murid tersebut untuk menduduki peperiksaan. Selain itu, pusat tuisyen hanya dibenarkan melaksanakan mata pelajaran kurikulum kebangsaan.

Inisiatif memperkasa SK

KPM berhasrat untuk menjadikan SK sebagai sekolah yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Hal ini meliputi prasarana, pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan teknologi komunikasi dan maklumat (TMK), kualiti guru dan kepimpinan sekolah. Antara langkah yang telah diambil bagi memertabatkan SK sebagai sekolah aliran pilihan utama adalah dengan :

i) membuka kelas prasekolah di SK bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak tidak terabai;
ii) menaik taraf infrastruktur SK yang daif
iii) membekalkan kemudahan bekalan elektrik dan air bersih di SK  dalam Rancangan Malaysia ke-10 di sekolah-sekolah yang tiada kemudahan-kemudahan tersebut.
iv) memperkenalkan mata pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai mata pelajaran tambahan dalam jadual waktu SK;
v) meningkatkan kualiti guru dan pemimpin seperti penempatan pembimbing guru dan pengetua/guru besar (SISC+ dan SIPartners+) di sekolah, pelaksanaan Program Peningkatan Profesionalisme (CPD), Program Pemantapan Sekolah Kebangsaan dan Program Pembangunan Organisasi untuk Kecemerlangan Sekolah (PrOD) dan
vi) memperluas Program Transformasi Daerah (DTP), fungsi dan peranan Pejabat Pelajaran  Daerah (PPD) diperluas sebagai rakan pembantu dan pemantau prestasi sekolah serta bertanggungjawab menganalisis data sekolah.

Secara amnya, pelaksanaan inisiatif di atas tidak dapat melonjakkan imej SK sebagai sekolah pilihan. Sebagai contoh, langkah melaksanakan pengajaran mata pelajaran bahasaCina dan Tamil menunjukkan bahawa peratus murid yang berminat untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di SK adalah sederhana, iaitu kurang daripada 50 peratus. Daripada 130 buah SK, hanya 9 buah SK mempunyai lebih daripada 50 peratus murid mempelajari bahasa Cina. Peratus murid yang mengambil bahasa Cina di 107 buah sekolah adalah kurang daripada 40 peratus. Bagi bahasa Tamil, 90 daripada 94 buah SK mempunyai kurang daripada 40 peratus murid mengambil bahasa Tamil. Pengenalan mata pelajaran bahasa Cina dan Tamil tidak berjaya menarik murid kaum Cina dan India ke SK.

Di samping itu pandangan ibu bapa terhadap kawalan disiplin murid yang kurang memuaskan serta terlalu menjurus kepada ciri-ciri keislaman merupakan antara faktor SK tidak menjadi pilihan utama. Pemilihan pengetua dan guru besar yang kebanyakannya daripada kaum Melayu juga menyumbang kepada pengaliran keluar murid Cina dan India dari SK.

Kesimpulan

Trend yang berlaku dalam sistem persekolahan pada masa ini amat membimbangkan. Kepelbagaian pilihan sekolah didapati bercanggah serta tersasar jauh dari Dasar Pendidikan Negara yang termaktub dalam Laporan Razak dan Rahman Talib. Ibu bapa boleh memilih untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah kebangsan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta, sekolah antarabangsa atau homeschooling. Apa yang dapat dilihat sekarang seoalah-olah seperti suatu pengeluaran yang sistematik dari sekolah kebangsaan. Satu langkah yang drastik perlu diambil supaya SK menjadi pilihan utama semua kaum  bagi merealisasikan matlamat pendidikan untuk perpaduan tercapai.

Wallahu ’alam

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015
Sektor Dasar, BPPDP, KPM
ms 81-86

No comments:

Post a Comment