Friday, March 25, 2016

Pemenang Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2004


a) Kategori Individu Sekolah Rendah

Johan : Tang Mee Lay
SJKC Sang Ming 96000 Sibu Sarawak
Tajuk : E-Maths
Sinopsis: E-Maths atau Easy Mathematics  adalah bahan bantu mengajar yang berlandaskan premis bahawa matematik adalah senang dipelajari sekiranya konsep mathematik difahami dengan jelas. Melalui E-Maths, murid berpeluang mengikuti pembelajaran secara hands on dengan menggunakan peralatan maujud yang dicipta khas untuk menerangkan konsep tambah,tolak, darab dan bahagi. E-maths juga membekalkan papan sifir bagi murid menyemak jawapan dengan sendiri. Selain itu, papan pecahan termudah juga dicipta bagi nemudahkan murid menyemak pecahan setara.

Naib Johan: Masdiana bt Ahmad Kamal
SK LKTP Kledang 81900 Kota Tinggi Johor
Tajuk: Melodi Metakognisi
Sinopsis:.Melodi Metakognisi merupakan satu kaedah untuk membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap isi pelajaran Sains melalui nyanyian dan lembaran kerja yang memerlukan refleksi terhadap lirik lagu. Larik lagu digubah daripada fakta sains yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Irama lagu diperoleh daripada lagu-lagu popular tempatan dan luar negeri seperti Malaysia Baru, Cindai, Kuch Kuch Ho Tai Hai dan lain-lain lagi. Kaedah ini juga menggunakan persembahan melalui Microsofr Power Point yang berlatarbelakangkan animasi, kesan bunyi, reka corak grafik dan warna untuk menarik minat murid dalam sesuatu topik sains.

Ketiga: Hjh Huzaimi bt Muin
SK Convent (1) Klang, 112 Jalan Tengku Kelana 41000 Klang Selangor
Tajuk: Menggunakan model Trans-Miera untuk pengajaran ruang
Sinopsis: Trans-Miera adalah singkatan daripada Trans-ruler dan Miera. Trans-ruler merupakan pembaris berukuran 1 meter panjang yang diperbuat daripada kertas surat khabar lama dan digunakan untuk aktiviti luar kelas. Miera adalah batang mancis yang menggantikan trans-ruler semasa aktiviti di dalam kelas. Trans-Miera membolehkan murid mengalami pembelajaran matematik secara aktif melibatkan aspek kognitif dan psikomotor. Trans-Miera membantu murid memahami konsep perimeter,luas, ruang dua matra dan ruang tiga matra dengan lebih jelas

b) Kategori Individu Sekolah Menengah

Johan: Sarbiah bt Hj Abu Bakar
SM Teknik, Peti Surat 65, 81907 Kota Tinggi Johor
Tajuk : Robot Kuadro
Sinopsis: Penyelesaian Persamaan Kudratik merupakan nadi dalam Matematik dan Matematik Tambahan tetapu ramai murid menghadapi masalah mempelajari dan memahami topik ini. Robort Kuadro yang merupakan bahan bantu mengajar berbentuk lukisan robot yang ringkas dan mudah dikendalikan telah dicipta untuk menarik minat murid mempelajari dan menguasai kemahiran menyelesaikan Persamaan Kuadratik. Penggunaan Robot Kuadro dapat membantu murid memfaktor ungkapan kuadratik dan seterusnya menyelesaikan persamaan kuadaratik dalam suasana gembira tanpa tekanan.

Naib Johan: Khor Boon Teik
SMK Penang Free, Jalan Masjid Negeri 11600 Pulau Pinang
Tajuk: Papan Graf Berspan Untuk Pengajaran Penjelmaan
Sinopsis: Inovasi ini yang berbentuk satu papan graf berspan dignakan sebagai alat bantu untuk mengajar topik Penjelmaan (Matematik) di Tingkatan 2,3 dan 5 dan topik berkaitan dengan garis lurus terutamanya persamaan garis lurus seperti topik Garis Lurus (Matematik) di Tingkatan 4 dan Graf Fungsi ( Matematik) di Tingkatan 3 dan 5. Penggunaan kaedah ini dapat membantu murid memahami dan meningkatkan penguasaan kemahiran berkaitan konsep penjelmaan dan garis lulus melalui penyertaan dalam manipulasi mudah dan cepat, objek-objek di papan graf bersepan yang mudahalih.

Ketiga:  Al-Mumin Al-Kanta
SMK Agaseh Peri Surat 60254 91112 Lahad Datu Sabah
Tajuk:  Jumlah luas permukaan per isipadu: menggunakan blok agar-agar
Sinopsis: Inovasi ini berbentuk satu eksperimen untuk menjelaskan konsep Jumlah Luas Permukaan Per Isipadu (JLP/I) iaitu satu konsep yang abstrak tetapi sangat penting dalam Biologi KBSM. Eksperimen ini berpusatkan murid dan melibatkan pengunaan agar-agar dan kalium permangganat untuk menggambarkan dengan jelas konsep JLP/I. Melalui eksperimen yang dikendalikan sendiri, murid dapat membina konsep JLP/I secara konkrit dan membuat hubungkait kepentingannya kepada hidupan.

c) Kategori Kumpulan

Johan:  Azizah bt Ramli(Ketua), Laila Bt Jamaludi, Jamilah bt Ab Rahman, Siti Rukiyah bt Ismail & Siti Zubaidah bt Ahmad
SMK Dato’ Syed Omar, Jalan Sultanah 05350 Alor Setar Kedah
Tajuk :  Tinta Kauthar
Sinopsis:  Program ini telah berjaya meningkatkan pembelajaran Bahasa Arab dati Tingkatan 1-3. Untuk pengajaran Bahasa Arab di bilik darjah, tiga modul pengajaran disediakan. Modul 1-2 membina asas murid dalam perbendaharaan kata, menulis ayat, menjawab soalan dari petikan, menulis karangan manakala modul 3 melatih murid menjawab soalan PMR. Di samping itu rancangan pemulihan dijalankan untuk murid yang ketinggalan dalam pembelajaran Bahasa Arab dengan bahan yang diubahsuaikan daripada modul utama. Aktiviti sokongan yang menyeronokkan seperti mencari harta karun dijalankan juga untuk menggalakkan murid membaca petikan daripada akhbar. Program ini telah didedahkan kepada guru dari daerah lain yang melawat sekolah dan panel mata pelajaran lain semasa kursus anjuran JPN

Naib Johan  : Susie Asgali(Ketua), Amit Awang, Mohd Nazri b Abd Rahman, Dr Ling Ai Yieng, Goh Yoke Leng, Teo Poo Sian, Kang Lian Hun, Liew Fui Byn & Salina Abdullah Sangguro
SMK St Mary, Peti Surat 482, 90705 Sandakan Sabah
Tajuk:  Gelombang bermaklumat
Sinopsis:  Program ini telah dimulakan kerana murid tidak mampu membeli bahan bacaan dan juga tidak minat membaca. Akibatnya pengetahuan umum mereka tidak cukup untuk mencari isi bagi menulis karangan dalam mata pelajaran Pengajian Am. Dalam program ini idea Aktiviti Dalam Bilik Darjah telah diadaptasi untuk memberangsangkan murid menulis karangan dalam Pengajian Am dengan lebih efektif. Petikan tentang peristiwa terkini daripada akhbar dilaminasikan dan ditekkan di ats papan kenyataan yang disediakan di lokasi yang strategik di sekolah. Tajuk karangan diberi sebagai tugasan kepada kumpulan murid. Murid bekerja dalam kumpulan untuk mencari maklumat daripada papan kenyataan, sebelum menulis karangan. Melalui program ini didapati kualiti karangan yang ditulis oleh murid untuk Pengajian Am meningkat dan mereka berasa seronok menulis karangan melalui kaedah ini. Program ini telah pun didedahkan secara dalaman kepada guru mata pelajaran lain di sekolah ini.

Ketiga:  Pn Nazrah bt Shamsudin (Ketua), En.Shaharin Din b Sharif & Pn. Sopiah bt Said
SMK Tungku Abdul Rahman Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang
Tajuk:  Kelas Ganti Inovatif
Sinopsis:  Program ini telah dimulakan kerana pentadbir sekolah mendapati pembelajaran yang berlaku di kelas ganti tidak berlaku sehingga mengakibatkan murid ponteng daripada kelas ganti. Di bawah program ini bahan seperti buku fiksyen, lembaran kerja, WORD ATTACK diletakkan dalam bakul. Beberapa jenis bakul disediakan untuk pelbagai tahap kebolehan murid. Bakul dibawa ke kelas ganti oleh guru yang ditugaskan dan digunakan oleh murid semasa kelas ganti. Jawapan disediakan supaya guru ganti boleh menyemak kerja murid. Rekod kekerapan penggunaan bakul juga disimpan dan disemak supaya kesesuaian bahan boleh ditambahbaik. Pentadbir sekolah dan guru yang masuk ke kelas ganti mendapati masalah ponteng tidak berlaku lagi dan kebanyakkan murid belajar dengan lebih aktif semasa kelas ganti dijalankan.

Pemenang Keseluruhan:
Azizah bt Ramli(Ketua), Laila Bt Jamaludi, Jamilah bt Ab Rahman, Siti Rukiyah bt Ismail & Siti Zubaidah bt Ahmad
SMK Dato’ Syed Omar, Jalan Sultanah 05350 Alor Setar Kedah
Tajuk :  Tinta Kauthar

Wallahu ’’alam

Direktori Pemenang
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan 2002-2013

KPM, 2013 ms 17-22

No comments:

Post a Comment