Wednesday, March 23, 2016

Pemenang Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2003

a) Kategori Individu Sekolah Rendah

Johan: Rubiah bt Sidik
SK Laksamana 81907 Kota Tinggi Johor
Tajuk : Program Dam
Sinopsis: Program Dam bertujuan membantu murid mengingati rukun solat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Proses pembelajaran berlaku tanpa disedari oleh murid melalui aktiviti permainan Dam Ular. Proses pembelajaran ini berjaya menarik minat murid semasa pengajaran.

Naib Johan: Hawang Eyong
SK  Giok 89250 Tamparuli Sabah
Tajuk: Program MOPEKA
Sinopsis: Teknik Penulisan Mopeka merupakan penulisan karangan yang menekankan kepada kata kunci dan latihan terancang. Pengenalan kaedah penulisan karangan yang sistematik juga dapat membantu murid menulis karangan dengan berkesan..

Ketiga: Abdul Karim bin Munok
SK Balun Bidai, 36800 Kg Gajah Perak
Tajuk: KACEMM
Sinopsis: KACEMM bertujuan untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak tahu membaca dan menulis. Bahan-bahan yang digunakan ialah buku teks dan buku kerja, perisian power point, kad, kiub mainan, kaset lagu dan kad kerja rumah. Bahan ini boleh dikendalikan secara kelas, kumpulan dan individu.

b) Kategori Individu Sekolah Menengah

Johan: Mohd Nazeri bin Abdul Rahman
SMK St Mary, Sandakan Sabah
Tajuk : Jejak Ekonomi
Sinopsis: Permainan Jejak Ekonomi telah dirancang khas untuk murid yang mengambil mata pelajaran Ekonomi STPM. Kaedah yang dihasilkan lebih tertumpu kepada murid yang lemah dan sederhana. Pendekatan yang digunakan dalam penggubalan permainan ialah Belajar Melalui Bermain. Pendekatan pembelajaran ini didapati amat berkesan kerana sebahagian besar murid mengalami kesukaran untuk berfikir secara abstrak dalam mata pelajaran ekonomi. Permainan jejak Ekonomi telah berjaya menarik dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran ekonomi dan seterusnya meningkatkan pencapaian mata pelajaran ini dalam Stpm. Bahan yang telah disediakan termasuk Kad Jejak Ekonomi, Jalanan Kuantiti Wang, Lembaran Kerja Pembelajaran Kooperatif serta nota, soalan dan esei dalam bentuk digital.

Naib Johan: Tan Tee Hwa
SMK Padang Tempak, Jalan Semarak 54100 Kuala Lumpur
Tajuk: Projek Rocket Air
Sinopsis: Fizik biasanya dianggap mata pelajaran yang susah difahami oleh murid. Murid kurang yakin untuk menguasai konsep Fizik yang abstrak. Stail pengajaran yang kebanyakkannya berpusatkan guru juga menyebabkan murid pasif dan kurang menumpukan perhatian semasa pengajaran dijalankan. Murid hanya menggunakan buku teks atau rujukan untuk belajar mata pelajaran ini. Untuk mendorong murid mempelajari Fizik, kaedah pengajaran berpusatkan murid bersama dengan teknik ICT telah diperkenalkan dalam Projek Roket Air. Dalam projek ini pengajaran raka sebaya digalakkan dan aktiviti bercorak hand on, hearts on dan heads on telah berlaku. Antara bahan yang dihasilkan ialah roket air belon udara panas dan persembahan Power Point untuk tajuk Hukum Newton dan Prinsip Archimedes..

Ketiga: Mohd Zaki bin Abdullah
SMK Jerantut, 27000 Jerantut Pahang
Tajuk: Memacu Prestasi Matematik Tambahan
Sinopsis: Matematik Tambahan adalah subjek yang kurang diminati oleh murid di SMK Jerantut. Ramai murid tidak dapat memahami apa yang diajar kerana kurang  mantap dalam asas matematik. Justeru itu, satu program tindakan yang menitikberatkan pembelajaran berfokus oleh murid disokong dengan bimbingan kauseling telah dijalankan selama empat tahun (1998-2002) untuk membantu murid berjaya dalam pembelajaran Matematik Tambahan serta menanam sikap positif terhadap mata pelajaran itu. Bertitik tolak daripada  masalah pembelajaran yang murid sering mengalami dalam Matematik Tambahan satu modul pembelajaran yang berteraskan kaedah Pembelajaran Masteri telah disediakan untuk dihunakan oleh murid. Program ini telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah untuk Matematik Tambahan dalam peperiksaan SPM kepada lebih daripada 90%.

c) Kategori Kumpulan

Johan: Roffina Henry,Norhaidah Talikun, Helen Gurini, Helen Joseph, Catherine Sompot, Suzen@Alice Kogid & Geoge Gumpah
SMK Tambunan Peti Surat 30 89657 Tambunan Sabah
Tajuk : Amalan Seia Sekata Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral
Sinopsis: Satu kaedah pengajaran Pendidikan Moral berdasarkan penggunaan permainan secara terancang di bilik darjah telah menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran itu. Kesemuanya 9 permainan telah disediakan untuk memberi guru keluwesan menggunakan 1 atau 2 permainan atau beberapa permainan yang disusun dalam bentuk stesen apabila pelajaran Pendidikan Moral dikendalikan. Aktiviti susulan yang dijalankan sebaik sahaja permainan tamat/ dihentikan  termasuk main peranan, bercerita pendek dan penyediaan folio dalam kumpulan.
 
Naib Johan : Nik Rasinah bt Nik Hassan, Wan Besah bt Wan Junoh & Shahir bin Muhammad
SK Pasir Puteh(P), 16800 Pasir Puteh Kelantan
Tajuk: Lets
Sinopsis: Program ini telah berjaya membantu murid belajar tatabahasa, fahaman dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris melalui menyanyi lagu semasa mempelajari Bahasa Inggeris. Bahan Bantu Belajar yang digunakan dalam program ini telah dibekalkan dalam satu kit yang boleh di bawa ke kelas dengan mudah oleh guru. Bahan itu termasuk kaset / CD yang mengandungi 31 buah lagu Bahasa Inggeris serta buku kerja dengan aktiviti pelajaran yang mengiringi lagu yang dinyanyi.Lagu program ini mempunyai lirik dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami diiringi irama lagu popular.

Ketiga: Goh Kian Cheong, Chui Say Poh, Tan Lee Ching & Chang Hooi Nee
SJKC Khoon Aik, 01000 Kangar Perlis
Tajuk: Penambahan pecahan melalui permainan dan aktiviti kumpulan
Sinopsis: Kaedah ini menggabungkan pelbagai aktiviti hands on serta aktiviti bertulis yang membantu murid memahami konsep pecahan setara dengan berkesan. Melalui siri aktiviti yang dijalankan kebanyakkan murid akan menemui algoritma mencari pecahan setara melakui pendaraban pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama. Semua aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan supaya murid berpeluang berbincang dengan rakan, menyoal dan berasa selesa dalam pembelajaran. Dalam kaedah ini seorang guru akan mengajar manakala 4 orang guru yang lain memainkan peranan sebagai fasilitator kepada murid yang berkerja dalam kumpulan.

Pemenang Keseluruhan:
Johan: Roffina Henry,Norhaidah Talikun, Helen Gurini, Helen Joseph, Catherine Sompot, Suzen@Alice Kogid & Geoge Gumpah
SMK Tambunan Peti Surat 30 89657 Tambunan Sabah
Tajuk : Amalan Seia Sekata Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Wallahu ’’alam

Direktori Pemenang
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan 2002-2013

KPM, 2013 ms 9-13

No comments:

Post a Comment